Thursday, May 16, 2013

Kenapa masih bertelagah tentang kalimah "ALLAH" (16/5/13)

Sebuah portal berita terus menerus memainkan isu kalimah “Allah” seakan menyalakan api provokasi agar isu ini terus hidup dan memaksa pada pandangan saya agar umat Islam di Malaysia mengalah dan akhirnya mengizinkan kalimah ini dikongsi dengan bukan Islam.

Terbaru satu kenyataan dari Persekutuan Kristian Malaysia diterbitkan yang antara lain menyebut:
Sesetengah umat Islam mendakwa berulang kali bahawa orang Kristian di Malaysia enggan berhenti menggunakan kata “Allah” kerana mahu mengelirukan umat Islam dan memurtadkan penganut Islam, sekali gus menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara. Tuntutan itu adalah tidak berasas kerana tiada bukti penggunaan kata ini membawa ancaman keselamatan negara. Tuduhan ini kekal sebagai tidak berasas.

Sebaliknya, keadaan sebegitu dibuat kerana jahil dengan hakikat bahawa apabila orang Kristian menggunakan Al-Kitab, ia adalah khusus untuk umat Kristian berbahasa Malaysia. Gereja-gereja di Malaysia tidak pernah mencadangkan untuk mengubah kata “Allah” dan “Lord” kepada “Allah” dan “Tuhan”, begitu juga bahasa-bahasa lain dalam Al-Kitab.
Janganlah disuakan lagi isu ini untuk dijadikan perdebatan umum, seakan menggerakkan “gergasi” yang sedang tidur!

Kenyataan Persekutuan Kritian Malaysia ini apabila diketahui umum pasti akan mengundang reaksi dan akan dibalas pula oleh kenyataan dari badan dan pertubuhan Islam. Lantas akan jadi hangat membara dan mencetuskan pelbagai kemungkinan.
Umat Islam di Malaysia, tanpa mengira fahaman politik, memandang isu ini sangat sensitif. Yang sangat dibimbangi adalah kecenderungan berlakunya insiden murtad. Pihak gereja tidak boleh menyapu kebimbangan ini begitu sahaja dengan menyatakan ia tidak berasas sedangkan luka menghadapi kes Lina Joy, Aishah Bukhari, Joshua Jamaluddin, masing berdarah dan terpahat dalam ingatan umat Islam Malaysia.

Sebaiknya jangan dokocak air yang tenang. Pihak media khasnya media alternatif jangan sekali-kali ada agenda menyalakan kembali api yang semakin padam.

6 comments:

Anonymous said...

tuan, itu sebenarnya agenda DAP....
lemah kan kuasa melayu islam dan puak puak islam PAS ni lembab...atau sengaja menafikanye...

Anonymous said...

puak anda buat apa pula tak kan duk nganaga aja ada kuasa buat la kata putus boleh ke tak boleh ke.duk cakap sapa pun boleh

Anonymous said...

Sudah le..klu lu nk tahu bn la 'lempar batu sembunyi tangan'..

Anonymous said...

bn langsung tk tahu apa.ilmu agama lagik la.dap cina.mca mic tu apa dlm bn.umno dh lupa ka...

Anonymous said...

Masalah kalimah Allah ini boleh diselesaikan melalui panduan Al-Quran, bukan setakat pakai akal manusia yang dangkal.
Bukankah dalam khutbah Jumaat sering dinasehatkan rujuk Quran/Hadith jika berlaku perselisihan???...apa dah tak pi solat Jumaat ke?.

1. Dalam Quran ada ayat yang mafhumnya..."Jika kamu tanya orang kafir, siapa yang menjadikan langit dan bumi. Mereka akan jawab "ALLAH". Ini menunjukkan Allah sendiri memberi tahu kita bahawa orang bukan islam lebih-lebih lagi org islam akan wujudnya Allah yang menjadikan alam ini. Oleh itu, salahkah depa org bukan islam menggunakan kalimah ALLAH ?. Ini satu bab...

2. Dalam Quran juga Surah AlIkhlas ( Qulhu ) surah 112, ...Allah menyatakan ianya tunggal...tidak beranak dan diperanakkan..?. Soalnya sejajarkah tafsiran ini dgn tafsiran ugama kristian?... So...camna.

Dicadang dalam Perlembagaan Malaysia diwujudkan definasi kalimah Allah sejajar dgn surah Al-Ikhlas.

Anonymous said...

Setuju dgn komen 2 kawan di atas. 1. Kenyataan seorang MP UMNO BN bahawa negeri yg tiada sultan dibenarkan guna kalimah ALLAH. 2. Dilaporkan di Sabah/Sarawak bible yg pakai kalimah Allah telah diimport dari Indonesia dgn izin kerajaan BN. So..... lani siapa yg terlibat secara langsung dlm kalimah ALLAH ???.

Sbb tu Presiden PAS menyatakan isu kalimah ALLAH adalah masalah pihak lain tetapi PAS yg di persalahkan. Ini macam ada betul kaa...

Satu kumpulan kononnya pembela kalimah ALLAH pada hari Jumaat sebelum PRU13, org solat jumaat mereka duduk atas lori .. ... Baru gua tau rupa2nya puak ini bela kalimah jer tapi langgar perintah dan suruhannya..... maka pk pk kanlah wahai umat melayu...