Kita tegas dalam bab penggunaan kalimah “ALLAH” . ALLAH bagi
kita dalam hal ini merujuk hanya kepada Tuhan yang satu. Tuhan yang diimani dan
diyakini oleh orang Islam. Agama lain yang menyembah Tuhan selain “ALLAH” tidak
wajar menggunakan kalimah ini dalam kitab dan buku agama mereka di sini.
Allah berfirman di dalam al Quran, surah al Ikhlas 1-4,
maksudnya:
"Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah
Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon
sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada
sesiapapun yang serupa denganNya".
"Say: He is Allah, the One and Only; Allah, the Eternal,
Absolute; He begetteth not, nor is He begotten; And there is none like unto
Him."
Atas penjelasan itu kita berharap agar semua pihak faham dan
menerima hakikat demikian. Biarlah kita semua hidup aman di bumi kita yang
tercinta ini tanpa perlu menyinggung atau mempertikaikan kepercayaan
masing-masing.
Atas semangat itu kita juga kesal sekiranya ada pula pihak
yang melampau yang mahu mengambil tindakan menurut nafsu dan kepala
sendiri-sendiri. Tindakan atau niat mahu bakar buku agama atau kitab suci agama
lain langsung tidak bertamaddun dan tiada kena mengena dengan agama Islam.
Dalam sejarah Islam puak yang membakar buku agama dan khazanah ilmu hanyalah puak
Tartar yang tidak bertamaddun.
(Pada tahun 2010 seorang Paderi Terry Jones, dari Gereja
Dove World Outreach Center, Florida, Amerika Syarikat mengancam mahu membakar
al Quran)
Diktator Hitler juga begitu dizamannya.
Oleh itu janganlah ada Tartar atau Hitler dikalangan orang
Malaysia di sini.
1 comment:
Yang bagi kelulusan terbitan Kerajaan BN,Najib yg bertanggung jawab,siapa suruh bagi kelulusan untuk Bible versi melayu ? Fikirlah...
Post a Comment