Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda,
maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari
itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada
Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman
meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR
Muslim).
Dan tiadalah permintaan yang rasanya terbaik pada hari ini
melainkan doa buat ibu (dan bapa) yang dikasihi. Inilah insan yang telah mengandungkan
kita dalam keadaan susah dan sakit selama 9 bulan, dan dalam serba azab
melahirkan kita ke dunia ini tanpa sedikit pun benci atau marah sedangkan
kelahiran itu amat sakit dan pedih buatnya.
Tiada ada seorang ibu pun yang menganiaya atau menyakitkan
anaknya. Di peruntukkan nyawa untuk membela dan mengasuh anaknya. Alangkah baik
permintaan yang Allah janjikan akan dikabulkan Nya oleh orang beriman yang
meminta pada hari Jumaat, kita pohonkan buat kebaikan dan kesejahteraan ibu
kita.
Semoga dipenuhi hidup ibu kita (jika masih hidup) dengan
kesejahteraan , keceriaan, bebas dari sebarang kesusahan atau penyakit yang
berpanjangan. Semoga Allah pelihara dan mengasihani ibu kita sebagaimana ibu
memelihara dan mengasihani kita semasa kecil.
Jangalah kita sekali-kali menguris apalagi meyakitkan hati
beliau. Ibu yang tua tidak pernah mengimpikan sesuatu yang buruk buat anaknya.
Sebengis atau sekasar mana pun mungkin perangai atau perwatakan ibu, jika ada,
ia tidak akan sekali-kali menyumpah atau mendoakan yang buruk buat anaknya.
Mohonlah agar diampunkan dosanya, dipelihara ia, dilindungi
ia.
Dalam pada itu pastikanlah kita tidak sekali-kali jatuh
derhaka pada ibu. Kesenangan, kemewahan apa yang ada pada hari ini tidak akan
menjelma jika tidak kerana ibu yang memungkinkan kita lahir ke dunia dengan
izin Allah.
Kerana itu Rasulullah saw sentiasa berpesan pada kita jangan
derhaka kepada ibu.
Rasulullah saw bersabda:
Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat
derhaka kepada ibu, meminta sesuatu yang bukan haknya dan menanam bayi
perempuan hidup-hidup. ( Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya –
hadis no: 5975 (Kitab al-Adab, Bab derhaka kepada ibubapa termasuk dosa besar).
Abdullah ibnu Umar ra pernah menjelaskan berdasarkan hadis
Rasulullah saw bahawa dosa besar itu ada 9 dan antaranya adalah:
……menghina ibubapa dan (menyebabkan) ibubapa menangis
disebabkan kederhakaan (anak kepada mereka)
Oleh itu marilah pada hari Jummat ini kita mengambil
kesempatan mendoakan yang terbaik buat ibu kita.
No comments:
Post a Comment