Bagi saya dokumentari al Jazeera ini "Kill him silently", wajib ditonton oleh
semua yang prihatin akan perjuangan rakyat Palestin. Ia memaparkan kisah yang
berlaku lebih 16 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1997 bagaimana ejen perisikan
rejim haram Israel iaitu Mossad telah merancang pembunuhan seorang pemimpin
Hamas Khaled Mishaal di Jordan.
Di sini juga kita dapat melihat peranan yang dimainkan oleh
Almarhum Raja Hussien Jordan yang walaupun dikritik sesetengah pihak sebagai
pro Barat namun jauh di sudut hatinya cinta dan hormat pada perjuangan Islam
dan rakyat Palestin tetap bertapak. Beliau yang ketika itu punya hubungan baik
dengan Amerika Syarikat dan Israel, telah menggunakan kesempatan untuk Islam,
bagaimana kegagalan Israel dengan bijak digunakan untuk membebaskan para
pejuang Islam dalam tahanan Israel termasuklah yang paling kanan As Syahid
Syeikh Ahmad Yassin yang merengkok dalam penjara Israel.
Atas kegagalan Mossad itu Islam telah bersinar.Pengajarannya yang pertama Allah swt membenarkan betapa perancangan Nyalah yang sentiasa terbaik, mengatasi dan pasti mengalahkan perancangan manusia. Orang yang ikhlas dalam perjuangan pasti diselamatkan oleh Allah swt dan pasti memperolehi perlindungan Nya. Selain itu kita juga diajar jangan mudah melabelkan seseorang sebagai musuh atau seumpamanya. Sedang Allah boleh menunjukkan betapa orang yang demikian pun boleh berjasa kepada Islam, terkadang lebih besar dari jasa kita sendiri yang sentiasa lupa diri.
Ya Allah cucuri lah rahmat Mu ke atas roh Almarhum Raja
Hussien Jordan dan As Syahid Syeikh Ahmad Yassin dan berilah kemenangan ke atas
perjuangan saudara kami di Palestin.
2 comments:
singgah tambah ilmu @salam kenal dari BS
Terima kasih atas kunjungan anda Mohd Pk
Post a Comment