Apabila membicarakan isu kalmah ALLAH, dalam posting saya di
sini saya sering menyeru agar semua pihak bersikap berlapang dada. Tolak-ansur
dan toleransi adalah kata kunci di sini. Jangan lagi mana-mana pihak melaga-laga
atau mengapi-apikannya kerana jika tidak terkawal, dibiarkan berterus-terusan
dan berpanjang-panjangan akhirnya pasti terbakar dan apabila terbakar yang akan
hangus adalah perpaduan sesama rakyat Malaysia yang telah sekian lama terbina.
Umat Islam di Malaysia sangat sensitif dalam isu ini.
Apabila ada pihak terus-menerus mengapi-api dan cuba menegakkan benang yang
basah, akan lahir tindak-balas. Apabila ini berlaku yang rugi adalah kita
semua. Kini sudah ada Ibrahim Ali dan kuncu-kuncu seumpamanya yang telah
membakar isu ini, kita kesal dengan tindakan beliau.
Tetapi kita juga kesal apabila saudara-saudara bukan Islam
turut serta mahu menjadi sebagaimana Ibrahim Ali juga.
Maaf tetapi saya menganggap artikel terkini dalam Malaysia
Insider bertajuk:
Friday sermon: ‘Enemies’ of Islam staking claim over ‘Allah’
to confuse Muslims
yang ditulis oleh CLARA CHOOI Assistant News Editor
Malaysian Insider sama tarafnya dengan gelagat dan sikap Ibrahim Ali juga. (Kalau Ibrahim Ali kita marah, kenapa tidak Malaysian Insider?)
Kenapa mahu mengulas khutbah JAKIM? Clara seolah memain
peranan SB mendedahkan isu kandungan khutbah JAKIM mengapa, bagi saya
semata-mata mahu menyemarakkan api kemarahan dan tidak puas hati dikalangan
bukan Islam. Buktinya – bacalah komen pengunjung-pengunjung laman berkenaan.
Jadi politikkan isu ini. Ini bukan isu PAS atau Umno atau BN
atau Pakatan Rakyat! Ini isu aqidah dan sensitiviti umat Islam. Melaga-lagakan
seumpama ini bagi saya samalah “standard” Ibrahim Ali juga.
Seorang pengunjung memberi komen:
Can a police report be made on Jakim for spewing hatred and
animosity among the races?
Kenapa ni? Kenapa institusi Islam pula jadi mangsa?
Seorang lagi pengunjung memberi komen:
ALL Muslims who think their faith in Islam is being
"diverted and undermined" PLEASE STAND UP!
Expose the wrongdoings of those who attempt to convert you
to other Faiths. Report them to the authorities and let the law take its
course, but do not take the law into your own hands.
If you cannot come up with solid proofs and identify the
perpetrators, if any, please do not go on accusing others of trying to
proselytise and convert the Muslims. It would be a great lie and sin to accuse
others of non-existent offences.
Of late, it is made out big time in the media as if many
Muslims have been and are being converted to other faiths; if so they must
standing out in a large crowd! Where are they? Show us the crowd. None? What
does that mean, then?
If your faith in your belief is strong and firm, no one, NO
ONE, can convert or influence you. If you are weak and at a loss, do not blame
others for your own failings. And thus shaming yourselves.
If there are "enemies of Islam", they are either
imagined, made up, or to be found within your very own community who are using
religion to exploit you and politicising it for their hidden and selfish
agendas.
Please stop using religion to pit Muslims against other
Malaysians. We respect Islam and true Muslims. Those who abuse their faith and
politicising it to achieve their covert agendas are the real enemies of ALL
Malaysians. Let's reject them together.
BTW, is that a sermon or a political propaganda? Stop
politicising religion please. Give due respect to the religion.
Ternyata isu ini sudah menjadi hangat dan jika kita, tidak
kiralah siapa samada ahli politik, NGO, media atau siapa sahaja menyumbang
dalam membakar dan melaga-laga serta
mengadu-domba sesama rakyat Malaysia, maka apa kurangnya kita dengan
Ibrahim Ali yang mahu membakar Bible?
Saya kesal dengan artikel Malaysian Insider ini dan berharap
agar tiada lagi yang akan cuba-cuba menyalakan api kebencian seumpama mereka.
1 comment:
Masalanya,ini adalah salah kerajaan BN ,siapa suruh beri kelulusan terbitan ? Takde kena mengena dgn Pakatan Rakyat
Post a Comment