Semakin hampir saat pembubaran parlimen semakin ligat
spekulasi tentang keputsannya nanti. Berbagai kajian dilakukan dan berbagai
pandangan diberikan. Ada yang dilakukan dengan penuh teliti dan professional manakala
tidak kurang yang semata-mata untuk memuasakan nafsu dan halwa telinga pihak
tertentu.
Apa pun keputusan akhirnya, tunggulah parlimen bubar, tarikh
pilihanraya ditetapkan dan rakyat yang buat keputusan.
Laporan akhbar hari ini berkenaan kajian yang dibuat oleh
Yayasan Ehwal Siswazah (YES) bagi saya adalah yang paling tidak meyakinkan yang
pernah saya lihat.
Dari NST |
Keputuan kajian menurut NST menunjukkan PM Najib Tun Razak
sebagai calon “favourite” untuk jawatan PM dengan memperolehi 63 peratus undi
diikuti Datuk Ser Anwar 47.8, Hadi Awang 31.3 dan Lim Kit Siang 15.
Dan BN dikatakan akan menang mendahului Pakatan Rakyat.
Kalau yang di survey adalah rakyat jelata pelbagai kaum dan
kedudukan, walaupun sekadar 3,000 orang saya fikir boleh lah juga dijadikan
ukuran. Tetapi jika semata-mata dikalangan mahasiswa, entahkan tertekan
entahkan tidak, saya ragui kesahihannya. 3,000 pelajar ini adalah kalangan
anak-anak kita yang paling tinggi kelayakan mereka dikalangan anak-anak muda
sebaya mereka.
Sedangkan di luar yang sebaya mereka, puluhan kali ganda, berkeliaran
yang sekadar kelayakan sekolah menengah, yang menganggur, yang bekerja sendiri,
yang bekerja untuk orang, yang merempit, dan berbagai lagi. Pasti cita rasa dan
pemikiran mereka sama-sekali berbeza.
Bagaimana pula yang melewati usia awal 20an, yang 30an, yang
40an hatta yang 80an di luar sana.
Ringkasnya bacaan kecil ini bagi saya tidak mencerminkan
lubuk hati masyarakat besar di luar.
Kalau mana-mana pihak merasa lega, senang hati dan yakin
dengan keputusan kajian ini, saya pasti mereka akan dikecewakan.
No comments:
Post a Comment