Bulan Ramadhan ini adalah bulan taqwa. Disamping melalui
serba ujian dan cabaran bulan ini juga adalah bulan yang membawa kegembiraan
kepada mereka yang beriman kerana dalam bulan inilah berbagai tawaran dibuka
oleh Allah swt kepada kita yang kepingin mahu mendekatkan diri kepada Nya.
Alhamdulillah dalam bulan barakah ini sekelompok saudara
kita nun jauh di Murfreesboro , Tennessee, Amerika Syarikat turut melonjak gembira. Kenapa? Kerana
Mahkamah Presekutuan di sana memberikan keizanan kepada Pusat Islam mereka
meneruskan rancangan membina masjid di sana bagi menempatkan 250 keluarga
Muslim selain 400 lagi pelajar luar yang beragama Islam.
Selama bertahun mereka menghadapi tentangan dari penduduk majoriti
bukan Islam yang membantah pembinaan masjid di sana walaupun umat Islam telah
punya Pusat Islam sejak 30 tahun lalu.
Di sana mereka menghadapi berbagai tekanan dan tentangan, sedang
di sini kita punya masjid dan surau yang bersepah-sepah selain berdiri indah
dan megah, namun tiada pula yang ramai yang ingin memenuhinya. Di bulan
Ramadhan ini adalah penuh tetapi berlalu Ramadhan, akan semakin surut dan
kadangkala tak padan keluasan masjid dengan bilangan mereka yang hadir di
dalam.
Semoga Ramadhan ini memberikan kekuatan kepada kita untuk
berubah.
No comments:
Post a Comment