Saya mendapat tahu tentang peristiwa malang ini melalui
posting facebook seorang rakan semalam. Pada awalnya dilaporkan bahawa dua
orang yang “naik angina” di Putrajaya telah ditembak oleh pihak polis. Ketika
itu tiada yang mengaitkannya dengan isu agama.
Hari ini jelas akhbar-akhbar media perdana melaporkan bahawa
kedua-dua pasangan (tiada ikatan perkahwinan) tersebut telah mengamuk di
perkarangan Komplek B, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya dengan menghunuskan
masing-masing sebilah pedang samurai.
Akhirnya apabila keadaan gagal dikawal pihak polis telah
melepaskan tembakan mencederakan kedua-dua mereka. Si lelaki akhirnya meninggal
dunia dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan yang dialaminya.
Menurut laporan kahbar juga lelaki berkenaan mendakwa dirinya
“Imam Mahdi” dan berniat mahu menggulingkan kerajaan.
Rupanya Allahyarham adalah seorang blogger yang menggunakan
nama Jaya Negara. Blognya saya rasa sudah pun ditamatkan mungkin oleh pihak
berkuasa.
Apa pun bagi saya peristiwa ini sangat malang dan sudah
tentu memberi persepsi yang pelbagai terhadap agama. Benar mungkin si mati dan
pasangannya “tidak siuman” namun dari publisiti yang tersibar elemen agama
merupakan agendanya lantas sekali lagi mengambarkan imej yang buruk terhadap
Islam.
Bayangkan bagaimana orang bukan Islam melihat insiden ini,
dikaitkan pula dengan Imam Mahdi dan pemerintahan Islam?
Kalau yang sempat mengelidah blog si mati akan dapati
macam-macam tulisan penghinaan dan tak masuk akal dip[ostkan di dalamnya.
Termasuklah yang mengkritik seorang Sultan. Dalam antara posting terakhirnya
beliau menulis:
“Aku sungguh terbakar wahai Khalil...Aku pasti aku ikut
kamu.Aku terbakar kerana aku memang bodoh.Dan hidup dalam kebodohan.Aku juga
benci kebodohan.Aku Dhada membenarkan semua kata-katamu.Aku juga mahu
pulang.Teruskan. Aku bersamamu.Dhada”
Dan ada lagi:
Ini dia peringatan terakhir dari aku. Hayati lah.
Didataran tak bertuan semua dari kita telah bersumpah dengan nama Allah untuk menerima ujian diBumi-bumi ujian yang telah Allah sediakan.
Nanti bila dicerahkan Allah semua kabus-kabus perjanjian antara setiap satu.. satu.. satu.. semuanya jiwa..... maka pastinya menitis tis.. tis.. tis.... airmata kamu. Allah benar pada ketika itu. Allah pasti benar. Aku ini didatangkan demi peringatan terakhir yang aku tahu pasti semuanya kamu akan memerangi aku. Setiap dari kamu membawa kepercayaan nenek-moyang kamu sedikit-sedikit hinggakan semuanya terpikul dengan berat. Bongkok kamu. Manusia hari ini dalam keadaan bongkok dan hodoh tetap juga mahu juga sombong. Siapa Tuhan.... siapa Hamba?. Gila apa manusia.
manusia dalam keadaan jiwa bongkok dan hodoh...... sombong pulak!
Kamu wahai manusia hidup didunia ikut apa yang Allah Tuhanku suruh.... kamu tidak boleh buat sesuka hati mu... Faham ke tidak? Apa nama Pak Sedara kamu?.... OHHH ..... lupa. Jalanlah pelan-pelan wahai Pak tua yang Bonggkok. Perhatikan longkang dihadapan kamu. Sudah berjuta kali kamu tertumoih tidak pernah mahu ingat. Gila umat manusia akhir zaman ini. HIDUP DAN MATI DIPERTARUHKAN CUMA UNTUK SESUAP NASI.
BYE.
Si mati dan pasangannya didakwa “psycho” atau tak siuman
maka segeralah lakukan siasatan ke arah itu dan tamatkan spekulasi dan berbagai
cerita hodoh yang berbangkit darinya. Insiden ini sesungguhnya tiada kaitan
dengan agama mahupun politik, apalagi perkauman, ia sesuatu yang terpencil dan
melibatkan mereka yang sakit…..
Kita tidak mahu lagi melihat insiden seumpama ini berlaku dan semoga semua pihak memain
peranan mencegahnya menurut kemampuan masing-masing.
1 comment:
Assalamualaikum tuan,
Saya sempat membaca kisahnya di The Sun, pagi tadi. Sudah berapa lama tak baca akhbar arus perdana yang hanya membawa berita memedihkan mata...
Allahumma firlahu warhamhu...
Walau apapun yang telah dilakukan oleh 'penjenayah' ini, tidak selayaknya ditembak mati. Setahu saya, polis ada prosedur untuk 'menumbangkan' suspek, walaupun suspek memegang senjata api sekalipun.
Nampak sangat tak telus dan ada sesuatu yang disembunyikan...
Post a Comment