Berdiri bersama jemaah lain di masjid atau surau (kadangkala tidak mengenali pun mereka yang di sebelah kita sebelum ini) atau bagi mereka yang berbuka bersama di masjid atau surau juga adalah cerminan kasih sayang.
Kesabaran yang merupakan tunggak Ramadhan itu sebenarnya
juga adalah cerminan kasih sayang. Kita bersabar menahan lapar, bersabar tidak berkata
yang bukan-bukan, bersabar mengawal diri, lidah dan perbuatan semuanya adalah
cerminan kasih sayang belaka .
Kasih sayang utama yang dimaksudkan adalah buat Allah dan
Rasul. Lantaran kecintaan kita kepada Allah swt, taat kita kepada Rasul s.a.w
maka kita gagahkan diri menjalani Ramadhan dengan penuh tertib walaupun terpaksa bersusah berlapar, berdahaga. Terkadang kita
teruja untuk melakukan sesuatu yang dilarang lalu segera kita menghentikannya,
kenapa kerana kasih sayang tadi jua.
Kasih sayang tadi juga bermaksud buat suami dan isteri buat ibu dan bapa buat
anak-anak buat kawan-kawan buat sesama Muslim. Si suami disamping menjaga puasanya juga
menghormati puasa isterinya, penghormatan itu mencucurkan kasih sayang.
Demikian juga buat si isteri. Si isteri tekun bangun di awal pagi menyediakan sahur selain juadah berbuka, manakala si suami terus menolong urusan isteri selain memikul tanggungjawabnya mencari rezeki,
Ibu-bapa kita ingati, kita raikan semasa Ramadhan, memperingati perit
jerih mereka semasa membesarkan kita dan menempuh Ramadhan semasa kita kecil,
juga akan menyemarakkan lagi kasih sayang yang sedia ada dalam diri kita buat
mereka.
Anak-anak yang menempuh Ramadhan sewajarnya menginsafi jua kesabaran
yang perlu ditempuh ibu dan bapa, cabaran dan dugaan mereka demi memeriahkan
anak-anak dalam Ramadhan dan menjalang Syawal nanti. Kesedaran ini pasti
melonajkkan kasih sayang.
Kita melihat rakan-rakan saudara-saudara sesama Muslim taat
menempuh Ramadhan, terutama bagi yang tidak bernasib baik sebagaimana kita
pasti mengusik jiwa dan melahirkan keinsafan agar kita bersedekah, mengambil
prihatin meringankan beban mereka, itulah kasih sayang sebenar.
Apabila umat Islam berkasih sayang sesama mereka dengan
kasih sayang yang sejati, tatkala itulah rahmat Allah turun mencurah-curah dan
kekuatan ummah menjadi waja.
Itulah maka Ramadhan adalah bagi saya bulan berkasih-sayang,
kerana mereka yang tidak begitu, pasti tiada kesabaran, tiada tersentuh jiwa
mahu mengasihi suami dan isteri, ibu-bapa, anak-anak. Membawa diri seolah bulan
ini sama sahaja dengan bulan yang lain-lain. Kebajikan dan nasib sesama Muslim
tidak dipedulikan. Ketiaka tiada kasih sayang dalam jiwa, maka tiadalah erti
Ramadhan buat mereka itu.
Salam Ramadhan buat semua, semoga Ramadhan kita kali ini bakal
menjadi yang terbaik buat kita, insyallah.
No comments:
Post a Comment