Ketika kita sedang menempuh Ramadhan, pasti bagi siapa
sahaja yang prihatin akan melihat dengan hati yang pilu nasib saudara-saudara
kita di Syria yang sedang bergelut dalam peperangan saudara. Satu kumpulan
rakyat sedang bangkit menentang kerajaan pimpinan Bashar Assad manakala Bashar
dan kerajaannya dengan dokongan tentera sedang mempertahankan kekuasaannya.
Bashar dari golongan minoriti Syiah Alawiat sedang
menghadapi tentangan dengan kumpulan majoriti Sunni yang tidak berpuas hati
dengan pemerintahan diktatornya.
Maka berlakulah pertumpahan darah sehinggalah masuk ke bulan
Ramadhan ini, darah merah sesama Islam terus tumpah mengalir ke bumi.
Adakah Bashar akan menghadapi nasib yang serupa dengan
Gadafi yang mati ditangan rakyatnya sendiri atau beliau akan Berjaya mematahkan
kebangkitan rakyat ini dan terus memerintah? Setakat ini siapa pun tidak dapat
meneka dengan tepay cuma yang pastinya pertempuran terus berlaku semakin sengit
dan parah.Syria adalah bumi bertuah. Di bumi inilah kita umat Islam percaya Nabi Isa a.s akan turun semula ke bumi dengan izin Allah swt sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah saw dalam hadisnya:
“Ketika Allah telah mengutus al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih di sebelah timur Damsyiq ( di Syria ) dengan mengenakan dua buah pakaian yang dicelup dengan waras dan za’faran, dan kedua telapak tangannya diletakkannya di sayap dua Malaikat; bila ia menundukkan kepala maka menurunlah rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Maka tidak ada orang kafir pun yang mencium nafasnya kecuali pasti meninggal dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Isa mencari Dajjal hingga menjumpainya dipintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal. Kemudian Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi oleh Allah dari Dajjal, lalu Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang derajat mereka di syurga” (HR. Muslim no. 2937)
Ulamak menyatakan bahawa menara putih yang dimaksudkan dalam Hadis di atas adalah Masjid Jamie Umawi di Damsyik.
Sedang dunia menunggu ketibaan al Masih yang akan membawa
keamanan berkekalan itu tiba-tiba hari ini kta melihat di atas bumi karamah itu
jugalah darah sesama Islam ditumpahkan.
Semoga keamanan akan segera muncul di Syria. Apa pun
kesudahannya biarlah Islam kemabli tertegak sementara menunggu ketibaan al
Masih.
No comments:
Post a Comment