Dalam posting saya pada 23 Julai lalu http://n32.blogspot.com/2012/07/olimpik-ketika-ramadhan-bagaimana-27712.html
saya melontarkan isu berkenaan Olimpik di musim puasa dan bagaimana dengan
atklet kita memandangkan ada ulamak di Timur Tengah yang menegah atlit Muslim
dari tidak berpuasa.
Setakat ini dua orang Mufti iaitu Perlis dan Perak
berpandangan sebab mereka (atlit) musafir dan mereka berhak ambil rukhsah dan
keringanan yang diperkenankan oleh syarak. Bermakna para atlit kita punya
pilihan samada mahu berpuasa ataupun menangguhkannya atas alas an musafir.
Walaubagaimanapun memandangkan para atlit kita itu nanti
mewakili Negara maka sesuai sangatlah kiranya Majlis Fatwa Kebangsaan
mengeluarkan pandangan berkenaan perkara ini agar menjadi panduan para atlit
kita itu. Ada laporan mengatakan Persatuan Ulamak Malaysia telah mendesak agar
pihak Majlis Fatwa segera memberikan pandangan.
Para atlit sudah pun mula terbang ke London tetapi Majlis
Fatwa bagaimana?
Sewajarnya perkara ini jangan diambil ringan dan
mnemandangkan kita ada pihak yang bertanggungjawab maka mereka perlu segera
bangkit melaksanakan tugas mereka. Mari kita tunggu, asal jangan sampai selepas
Olimpik sudahlah.
No comments:
Post a Comment