Semakin sabar kita menghadapi dugaan Ramadhan semakin
menjadi-jadi pula komen dan kritikan berkenaan Negara Islam dan Hukum Hudud. Ia
bermula apabila Ketua Dewan Pemuda PAS menegaskan kembali perjuangan dan
pendirian PAS apabila berdebat dengan wakil Umno sebelum Ramadhan lalu.
Rupanya penegasan itu berdesing di telinga Karpal Singh,
Pengerusi DAP sehingga beliau bangkit mengulangi pendiriannya yang memang jelas
sebelum ini bahawa Negara Islam dan Hudud tidak ada tempat di Malaysia yang
berbilang kaum.
Saya kira setelah Mursyidul Am PAS membuat penjelasan
sebagaimana saya ulas dalam posting sebelum ini, isu ini reda, rupanya tidak.
Desingan di telinga Karpal terus riuh, mengakibatkan beliau
perlu bangkit lagi menyerang Ustaz Nasaruddin Tantawi. Dalam NST hari ini
beliau dipetik sebagai berkata:
"I must warn this political upstart to mind his
language. No one, no party (and) no organisation can claim to have monopoly of
God," Karpal said.
Saya mesti memberi amaran kepada ahli politik setahun jagung
ini agar menjaga mulutnya. Tidak ada satu parti atau organisasi yang boleh
mendakwa bahawa mereka memonopoli Tuhan
Kelihatan komen-komen Karpal ini semakin hamper menyinggung
hati dan perasaan umat Islam dan beliau harus berhati-hati. Beliau dalam
kenyataannya di NST menyatakan bahwa kononnya kenyataan Nasaruddin akan
mengakibatkan Pakatan Rakyat nanti kehilangan undi, tapi dalam waktu yang sama
beliau tidak sedar serangan terbuka seumpama ini terkena atas batang hidup
setiap individu Muslim dan ia boleh mengakibatkan sokongan orang Melayu Islam
turut terjejas.
Nasaruddin dalam kenyataannya sebelum ini menyatakan sesiapa
yang menolak Hukum Hudud adalah “kufur” atau dalam isitlah Inggerisnya “non-believer”.
Saya yakin rujukannya adalah kepada orang Islam. Malah beliau berkata wajarlah
Karpal menolak Hudud kerana beliau “non believer’.
Dan memang diakui bahawa sesiapa yang bukan Islam adalah “non
believer” sebagaimana orang yang tidak Kristian bagi orang Krisitian adalah “non
believer” dan orang yang tidak Sikh bagi orang Sikh adalah “non believer”. Apa amasalahnya
dan kenapa harus Karpal mahu cari masalah?
Kerana itu orang Islam percaya sebagaimana diajar di dalam
al Quran dalam surah al Kafirun:Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".
Say : O ye that reject Faith! [1] I worship not that which
ye worship, [2] Nor will ye worship that which I worship. [3] And I will not
worship that which ye have been wont to worship, [4] Nor will ye worship that
which I worship. [5] To you be your Way, and to me mine. (terjemahan Yusuf Ali)
Janganlah ditarik-tarik lagi isu ini melainkan memang kita
mahu cari masalah. Samada Karpal akan senyap atau terus mengaum, saya tidak
pasti tetapi jika isu ini berterusan yang akan rugi bukan hanya Pakatan Rakyat
malah PAS sekali.PAS sudah menyatakan bahawa ia akan terus menegakkan perjuangannya sebagaimana termaktub dalam dasar perjuangannya iaitu menegakkan Islam. Karpal berkawan dengan PAS, maka hormatilah dasar parti kawan sendiri.
Semoga reda cepat.
2 comments:
Karpal Singh oh Kapal Sink or Kapalselam Scorpene cannot Sink.Biarkan Luncai terjun dengan labu labunya....
Klu hudud sahaja cara nak meraih undi dari org melayu..xpayah la.
Jgn terikut negara lain yg laksanakn hudud.kat m'sia berbilang bangsa,berbilang kaum.
Jgn juga disebabkn nama negara m'sia ni negara islam..nak suka hati wat undang2 sendiri.hormati kaum lain.kaum lain juga byk menyumbang tenaga kemodenan.kami bukan islam kami sgt hormati hak org islam,agama islam.jgn ingat kami terlalu menghormati,nak wat hukum sesuka hati.wa faham,hudud untuk org islam..jgn disebabkn ketidakpuasan hati pada undang2 skarang nak di laksanakn hudud.jgn disebabkn jerung tlepas bilis di tangkap nak laksanakn hudud.lebih baik kita perbaiki undang2 yg sedia ada.sama2 kita hampuskn RASUAH.tanpa rasuah,Yakin M'sia akan aman.(peserta bersih 3.0)
Post a Comment