Apabila kebelakangan ini saya sering menaikkan posting
darihal dan berkenaan institusi Raja-raja Melayu rupa-rupanya tanpa saya sedari
saya telah meletakkan diri saya terjebak dalam kancah mainan spekulator “hati
busuk” yang bersepah di luar sana lalu mengaitkan saya sebagai jurucakap sebuah
NGO baru yang kebetulan memperjuangkan beberapa perkara termasuk yang berkenaan
Raja-raja Melayu.
Demikianlah kebelakangan ini mudah sahaja pemfitnah
memfitnah dan berperanan. Tanya saya pun tidak, kenal saya pun tidak tiba-tiba
boleh menjadi pakar tahu gerak-geri dan isi hati saya, subhanallah…..
Tak kanlah nak memperkata tentang satu-satu permasalahan
atau isu maka kita kena menjadi ahli, penggerak atau aktivis sesuatu gerakan
atau NGO. Apakah kalau nak bercakap tentang hal Melayu kena jadi ahli parti
Melayu? Nak bercakap tentang kominisma kena jadi ahli parti kominis?
Saya sememangnya sudah masak dengan kerja-kerja jahat mereka
yang seumpama ini Cuma rasa terperanjat juga setelah lama mendiamkan diri,
masih menjadi sasaran mereka, carilah kerja lain.
Saya tidak pernah menjadi ahli mana-mana gerakan atau NGO
lama atau yang beru ditubuhkan.
Yang kekal adalah minat saya untuk menulis dan memperkatakan
apa yang saya rasa dan percaya adalah benar dan wajar. Yang kekal adalah hasrta saya untuk melihat yang hak dimuliakan dan yang batil ditolak. Minat dan impian saya ini telah ada
dalam diri saya sejak belasan tahun lagi dan insyallah akan saya bawa ke mati.
Allah selamatkanlah mereka yang sentiasa bersangka buruk
itu.
No comments:
Post a Comment