Friday, June 22, 2012

Ada lagi yang menanggung padah (22/6/12)


Baru sahaja sebelum ini saya membuat posting  dimana saya menyentuh berkenaan perumpamaan Melayu: “Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya……” merujuk kepada permohonan maaf yang terpaksa dibuat oleh seorang penulis dari akhbar harian Inggeris, The Sun, R Nadeswaran, hari ini The Star Online melaporkan ada lagi yang menerima padah yang sama.
GEORGE TOWN: The High Court has ordered Utusan Malaysia to pay RM200,000 in damages to Chief Minister Lim Guan Eng over a word used in an article in 2008.

Lim's defamation suit was against Utusan Melayu (M) Sdn Bhd over the article dated March 12, 2008, under the heading Tiada Lagi DEB'.
Judicial Commissioner Nurmala Salim said there was malice when the newspaper published something that Lim had not said during a press conference.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dilaporkan mengarahkan akhbar harian Melayu Utusan Malaysia agar membayar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng RM200,000 gantirugi kerana berniat jahat memfitnah Ketua Menteri berkenaan atas kenyataan yang tidak pernah beliau keluarkan.
Begitulah pengajaran demi pengajaran kita lihat di sekeliling kita. Tak kiralah dari mana pihak, berhati-hatilah ketika membuat atau mengeluarkan kenyataan.  Celuopar atau gatal mulut akan megakibatkan kita menanggung padah.

Semoga menjadi pengajaran buat semua.

No comments: