Kapal perang yang menggunakan teknologi jet pengebom “stealth”
itu dirancang dikeluarkan bagi menangani pengaruh Republik Rakyat Cina di
Asia-Pasifik. Ia dijangka dapat menghampiri pulau-pulau yang berteraburan di
Asia termasuklah ke pantai Tanah Besar Cina tanpa dapat dikesan oleh mana-mana “radar”
pengesan milik Negara Kominis itu.
Ini bermakna Amerika Syarikat tidak yakin dengan keamanan
yang ada di rantau ini dan sedang rancak menyediakan diri bagi konflik
ketenteraan di rantau sebelah sini.Sepatutnya semakin kita menjangkau maju dan moden, kaedah kekerasan dan keganasan sewajarnya telah digantikan dengan diplomasi dan perundingan. Bagaimana kita mahu meyakinkan Negara-negara membangun lain sedangkan kuasa besar dunia sendiri seperti AS dan Cinma lebih yakin kepada penyelesaian ketenteraan.
Terakhir yang melihat penjajahan ketenteraan kuasa asing
adalah Afghanistan dan Iraq dan kita menyangkakan tiada lagi lah seumpama itu
dizaman kita ini, rupanya dengan perkembangan terbaru ini, bersedialah untuk
melihat dan mungkin merasai sendiri keganasan yang berpanjangan.
No comments:
Post a Comment