Secara peribadi memang saya merasakan isu ini tidak
sepatutunya meletup. Sebanyak mana saya bersentimen mahu pertahankan Negara namun
bagi saya dalam hal ini yang perlu dipertanggungjawabkan adalah Menteri
berkenaan yang dirasakan terlalu drastik dalam langkahnya membuat percaturan
sehingga mendedahkan Negara kepada pelbagai tohmahan dan mencetuskan konflik.
Apalah sangat tarian tor-tor dan gordang sambilan tu yang
saya pasti sebelum tercetusnya isu ni ramai termasuk saya sendiri tak pernah
dengar pun.
Kini dua Negara berkonflik akibatnya.
Menurut akhbar The Star hari ini ramai rakyat Malaysia
sesungguhnya tak maklum pun darihal tarian dan gendang berkenaan. Contohnya:
@RueShenLee: It is awkward when Indonesians said Malaysians stole
their Tor-tor dance and Malaysians are like – “what on earth is a Tor-tor dance?”
@Syakee: Hello, we Malaysians DON’T even know what Tor-tor
menas
@NabyllahZin: If Tor-tor dance is yours, it will always be
yours. You will be wasting your time insulting Malaysia”
Oleh itu bagi saya dari perspektif Malaysia, rakyat Malaysia
terjebak ke dalam peperangan yang mereka sendiri tak tahu asal-usulnya. Semua
angkara Menterinya yang terlalu bijak dan pandai-pandai sendiri. Lontarkan
sahaja Menteri itu ke warga Indonesia yang merusuh di Jakarta itu, biar beliau
lawan sendiri peperangan bikinan tangannya sendiri.Biarkan Rais terjun dengan TOR-TOR nya, biarkan-biarkan........
No comments:
Post a Comment