Wednesday, June 27, 2012

Kartun yang melampau (27/6/12)


Kartun atau karikatur untuk humor adalah suatu pengantara yang menenang dan menghiburkan hati seseorang. Kartunis yang tajam dan cekap boleh menyelitkan unsur-unsur pengajaran dan mesej yang menikam jiwa. Jika penulis menyuarakan hati melalui tulisan mereka maka kartunis melakukannya melalui hasil kreatif tangan mereka.
Namun sebagaimana penulis, kartunis juga boleh menghasilkan produk yang menikam dan mencedrrakan jiwa dalam bentuk penghinaan, menjatuhkan aib dan harga diri seseorang atau sekumpulan dan seumpamanya.

Kerana itu sebagaimana penulis, kartunis juga perlu berhati-hati jangan sampai mencetuskan ketegangan akibat dari hasil tangan masing-masing.
Saya secara peribadi meraikan apa sahaja hasil kartun dan karikatur yang berbentuk hiburan dan kadangkala sinis yang berpatutan. Tetapi apabila sampai keperingkat menghina, tidak memelihara sensitivity pihak lain, maka bagi saya apa yang dihasilkan itu jijik dan memualkan.

Saya tidak tahu bagi yang lain tetapi bagi saya hasil tangan REGGIE LEE dalam runagan kartun hariannya dalam akhbar THE STAR muka 38 hari ini menghina.
Berita yang cuba dipaparkan beliau darihal keinginan kerajaan Arab Saudi membenarkan atlet wanita menyertai Sukan Olimpik buat pertama kalinya. Lalu dilukisnya apa yang kelihatan bagai wanita Arab berpurdah hitam berlari bersama atlit wanita lain dalam acara pecut.

REGGIE mungkin terlalu lama di bawah tempurung sehingga tidak sedar bahawa atlet wanita Muslimah dari Negara-negara Islam mengenakan pakaian yang menutup aurat yang canggih sehingga membenarkan mereka bersaing dan ada yang telah menang kejohanan dunia melalui pakaian  sedemikian.
Menghina sebegini samalah seperti melukis karikatur wanita India bersari apabila umpamanya mereka buat pertama kali menyertai Olimpik dulu atau mungkin wanita Cina bercheong sam, kalau bertujuan menghinalah.

Kesimpulannya semua rakyat Malaysia sewajarnya berhati-hati jika kita semua cintakan Negara ini yang unik dari segi kepelbagaiannya. Kefahaman dan toleransi sesama kaum selama inilah yang telah menguat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dalam Negara. Janagan sampai kita berbalah angkara keterlanjuran akibat tidak sensitive seumpama ini.

No comments: