Dr Muhammad Faishal juga berkongsi peranan AP-AP Melayu
dalam semakan skim subsidi yuran tuisyen pengajian peringkat tinggi (TTFS) yang
diumumkan lewat tahun lalu. Menurutnya, sejak sekian lama, Menteri Bertanggungjawab
bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, bersama para AP gigih
mengetengahkan usul agar skim itu disemak.
"Saya faham
mengapa ramai yang mahu satu pendekatan yang lebih terbuka. Tapi hakikatnya,
kita hidup dalam masyarakat berbilang bangsa dan kadangkala pendekatan
sedemikian bukanlah pendekatan yang terbaik," tegas Dr Muhammad Faishal.Justeru, beliau berharap masyarakat dapat memahami bahawa ada kalanya, AP Melayu perlu menangani sesuatu keadaan dengan cara yang adil kepada semua.
"Benar, ramai yang berpendapat TTFS itu adalah hak
Melayu tapi kita harus menimbangkan, generasi muda bukan Melayu mungkin tidak
dapat menghargai hakikat itu seperti generasi yang lebih tua, lebih-lebih lagi
jika keadaan mereka juga mencabar dan mereka perlukan bantuan.
"Lantas, bagaimana kita menangani keadaan seperti ini
tanpa memecah-belahkan masyarakat, tapi tetap mencapai matlamat kita? Inilah
cabaran kami," kata beliau sambil memberi jaminan AP-AP Melayu menyedari
dan berkongsi keprihatinan masyarakat dan sedang berusaha mencari huraiannya.
Dr Muhammad Faishal menekankan, maklum balas dan cara
menangani isu itu tidak seharusnya menyebabkan keretakan dalam masyarakat.
Dr Faishal adalah salah seorang dari 12 orang ahli parlimen
Melayu Singapura. Parlimen Republik Singapura diwakili oleh 99 orang ahli
parlimen, ini bermakna cuma 12peratus ahli parlimennya berbangsa Melayu, iaitu
selaraslah dengan bilangan penduduk Melayu Singapura yang sekadar 13.4% terdiri
dari orang Melayu iaitu kira-kira 435 500 dari 3.25juta penduduk warganegara
Singapura.
Memang dari pembacaan saya sejak dari kedatangan Brtitish ke
rantau sebelah sini Singapura sentiasa dinaungi oleh penduduk majority bukan
Melayu.
Apa yang mahu diketengahkan di sini adalah betapa sebagai minoriti
orang-orang Melayu di sana sedar betapa tanggungjawab mereka untuk menyesuaikan
diri dengan kehendak majoriti. Mereka terpaksa bergelutu danbberkorban atas hakikat
bahawa mereka adalah penduduk minoriti.
Yang penting pendekatan yang terbaik perlu diambil demi
kepentingan bersama tanpa menjejaskan perpaduan dan keutuhan Negara.
Mungkin banyak yang rakyat Malaysia boleh belajar dari perkembangan di sana, bukan sekadar ke Singapura untuk ber “shopping” atau makan angin!
No comments:
Post a Comment