Thursday, June 07, 2012

Sia-sia "menjenayahkan" peperangan (7/6/12)

Saya tertarik dengan tulisan seorang pembaca dalam akhbar The Star hari ini : Dr A Soorian dari Seremban  http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/6/7/focus/11430035&sec=focus yang mengeluarkan pendapat bahawa “menjenayahkan” (criminalising) peperangan adalah sesuatu yang sia-sia.
Beliau merujuk kepada usaha bekas PM Tun Dr Mahathir yang mahu mentakrifkan peperangan sebagai satu jenayah dan sesiapa yuang mencetuskannya sebagai “penjenayah”.

Beliau menulis:
The public, by and large, do not want wars; it is their leaders who crave for them. Wars are declared for many reasons, the lust for power one of them. The problem is that human nature is what it is. It is fixed. It is a sad fact of life.

Rakyat rata-rata tidak mahu pada peperangan, para pemimpin merekalah yang sebenarnya mahukannnya. Peperangan dilancarkan atas beberapa sebaba, (antaranya) keghairahan untuk memperolehi kuasa. Masalahnya demikianlah perlakuan manusia. Ianya sesuautu yang telah ditetapkan. Itulah fakta kehidupan yang menyedihkan.
Memang mudah kita mahu “criminalise” peperangan. Tetapi sebagaimana pandangan Dr Soorian, bagaimana jika dalam kes Amerika Syarikat. Oleh kerana terdesak mahu menjejak Osama ben Laden, mereka berperang dengan al Qaeda akibatnya Afghanistan diserang dan dijajah. Ini menjadikan AS pencetus peperangan, lalu siapakah yang boleh mendakwa mereka? Siapa yang boleh menyeret kusa besar dunia AS dan menghukum mereka?

Benar kita ada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, sejarahnya pun UN ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua untuk melindungi dunia dari peperangan, ternyata UN gagal dalam hal ini. Terutama apabila yang terlibat adalah kuasa besar dunia seperti AS dan seklutunya.
Walaupun kita telah melangkah maju ke dunia yang serba moden akibat ledakkan ilmu pengetahuan dan kekuatan ekonomi, naum naluri manusia unutk menyelesaikan masalah melalui kaedah keganasan terus berlaku.

Cuba tonton dokumentari terbitan BBC yang mengkisahkan bagaimana AS merancang menjejak Osama dan akhirnya berjaya membunuh dan memusnahkan (campak ke laut) jenazahnya. Berbelas-belas tentera AS yang paling terlatih dari Marine SEAL dikirimkan bagi tujuan itu. Ternyata dengan kepakaran dan kemampuan mereka, tiada sebab beliau tidak boleh ditangkap hidup-hidup.
Bukankah dengan demikian AS boleh tunjukkan pada dunia yang mereka adalah juara keadilan, kerana menyeret Osama ke mahkamah untuk diadili?

Tetapi tidak, tentera yang paling terlatih di dunia memilih untuk menembak mati Osama. Dan sehingga kini tindakan AS itu seolah direstu oleh semua pihak walaupun Pakistan mengeluarkan protes.
Berbalik kepada isu ini, ternyata selagi perundingan dan diplomasi hanya sekadar pilihan dan bukannya syarat tetap penyelsaian konflik maka selagi itulah kecenderungan untuk menyelesaikan pertikaian melalui peperangan sebagai satu jalan pintas akan menjadi pilihan. Tatkala itu jenayah atau tidak, yang penting nafsu serakah pimpinan tercapai, peduli apa pada kematian dan kemusanahan.




No comments: