SPR mula inisiatif membawa perubahan?
Dalam kereta pagi ketika mengikuti Radio IKIM saya terdengar yang Setiausaha SPR membuat kenyataan bahawa SPR bercadang memperkenalkan teknik IMBASAN JARI atau THUMBPRINT SCANNING untuk pilihnaraya umum yang akan datang.
Tindakan proaktif ini saya kira sungguh sihat diwaktu dan ketika prosedur dan pengurusan SPR mula dipertikaikan oleh masyarakat awam.
Kalau kita ingat kembali salah satu tuntutan BERSIH iaitu badan yang menun tutu pilihanraya yang bersih dan adil adalah agar SPR mewajibkan agar jari para pengudni dicelup dakwat sebaik sahaja menerima kertas undi bagi meastikan tidak berlaku insiden pengundian berulang oleh pengundi yang sama.
Berkemungkinan hasil dari tekanan dan kelantangan BERSIH ini maka SPR tergerak untuk membuat perubahan, cumanya saya agak musykil dengan keberkesanan IMBASAN JARI ini dalam menghindari pengudnia berulang serta kos yang sudah pasti tinggi dalam melaksanakannya.
Kalau ia kos efektif dan praktikal dalam menangani rungutan orang-ramai ini, maka ianya harus dialu-alukan. Namun kiranya ia mahal dan tidak menepati matlamat maka lebih baiklah dilaksanakan proses celup jari sahaj yang saya yakini lebih murah dan berkesan.
Apa pun saya ingin merakamkan syabas kepada BERSIH kerana samada diakui ataupun tidak sekurang-kurangnya usaha BERSIH untuk mengenengahkan isu ini kini telah pun mendapat perhatian pihak-pihak yang berkanaan.
Tambahan
Tiada laporan cadangan SPR berkenaan IMBASAN JARI ini dalam UTUSAN atau THE STAR kecuali dalam BERITA HARIAN. Menurut BH:
Setiausaha SPR, Datuk Kamarulzaman Mohd Noor, berkata sistem itu memerlukan setiap pengundi melekapkan ibu jari pada pengimbas khas sebelum membuang undi, bagi membuktikan mereka sudah melaksanakan tanggung jawab masing-masing.
Katanya, penggunaan sistem itu dicadangkan kaedah alternatif sesuai digunakan bagi membuktikan seseorang pemilih sudah mengundi, sekali gus meningkatkan ketelusan proses pilihan raya serta kewibawaan SPR.Ia antara cadangan dikemukakan dalam mesyuarat yang diadakan SPR Disember lalu untuk mencari jalan meningkatkan lagi kecekapan pengendalian proses pilihan raya di negara ini,katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Antara cadangan lain dikemukakan ialah mewajibkan pengundi menandatangani buku daftar pemilih SPR sebagai pengesahan apabila mereka membuang undi pada setiap pilihan raya.Kamarulzaman berkata, SPR sedang mengkaji kesesuaian penggunaan alat pengimbas cap jari itu, terutama dari segi kos kerana ia perlu disediakan di semua tempat pembuangan undi.
Beliau berkata, butiran terperinci cadangan itu termasuk kesesuaian dan keberkesanan penggunaannya diperhalusi sebelum sebarang keputusan mengenainya dibuat.Katanya, cadangan penggunaan pengimbas atau buku daftar itu sekali gus menolak syor pihak tertentu, terutama pembangkang supaya SPR menggunakan dakwat pada jari pengundi seperti diamalkan di India.
Hairan kenapalah Setiausaha SPR perlu menyebut:
Cadangan penggunaan pengimbas atau buku daftar itu sekali gus menolak syor pihak tertentu, terutama pembangkang supaya SPR menggunakan dakwat pada jari pengundi seperti diamalkan di India.
Tidakkah langkah mengunakan imbasan jari itu sebagai satu usaha untuk mengelakkan pengundian berulang? Kerana itulah BERSIH mengusulkan penggunaan dakwat sebagaimana diamalkan di India. Bermakna dari segi matlamat untuk mengelakkan penipuan itu sama, BERSIH cadang dakwat, SPR cadang imbasan jari, jangan sampai cadangan tinggal cadangan dan tidak dapat dilaksanakan sudahlah.
Sementara itu dalam laporan yang sama satu lagi cadangan BERSIH agar dihapuskan pengundian pos yang kini diamalkan di Malaysia, telah ditolak SPR. Menurut Setiausahanya:
SPR juga memutuskan undi pos dikekalkan kerana ia dilaksanakan secara telus, selain sejajr amalan antarabangsa dan pihak yang ingin mencabarnya harus mengemukakan petisyen kepada mahkamah
Amalan antarabangsa? Dalam bab undi pos ini saya merasakan BERSIH perlu meneruskan tuntutannya dan kemukakan bukti-bukti sekali kepada masyarakat awam dan dunia, kerana jika SPR enggan melayannya sedangkan ianya satu masalah besar dalam proses memurnikan demokrasi, maka ianya perlu diatasi segera.
No comments:
Post a Comment