Hidupkan kembali Pilihnaraya Kerajaan Tempatan
Kata ahli Parlimen JB Datuk Shahrir Abd Samad yang juga selaku Pengerusi JK Kira-kira Wang negara PAC, pihak berkuasa tempatan PBT perlulah benar-benar berdikari sebelum pilihanraya kerajaan tempatan diperkenalkan.
Kata beliau lagi PBT kini mengharapkan gran atau peruntukkan dari kerajaan Pusat dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum dapat melaksanakan satu-satu projek. Sekiranya ini tidak diselelasikan menurut beliau lagi akan terjadi masalah contohnya apabila pihak pembangkang menguasai Kerajaan Tempatan, ketika itu berkemungkinan pihak Pusat akan enggan melulus dan menghulurkan bantuan.
Saya menghargai pandangan ahli Parlimen JB yang berani dan tegas ini.
Dalam hal ini kita perlu melihat adakah kekukuhan PBT itu perlu diuatamakan atau sikap dan mentaliti kerajaan Pusat sendiri yang perlu diperbaiki dan diperbetulkan atau kedua-duanya sekali.
Benar kekukuhan satu-satu PBT dari sudut kewangan penting, namun kerajaan pusat sendiri perlu akur dan menerima kehendak dan mandat rakyat secara terbuka. Kes di Kelantana dan sebelum ini di Terangganu dan Sabah di bawah PBS, merupakan bukti hidup betapa kerajaan Pusat yang diterajui BN tidak pernah mengiktiraf apalagi menghormati kehendak rakyat.
Rakyat didiskriminasi dan dianak-tiri semata-mata kerana mereka memilih untuk memberi amanah dan kepercayaan kepada parti selain BN, adakah ini bijak? Bukan hanya ia tidak bijak malah ia mencerminkan betapa kuno dan sesatnya kerajaan BN dalam memberi penafsiran kepada sistem berpilihnaraya yang bebas dan adil.
Demi memlihara imej kerajaan yang dijangka memimpin sebuah negara maju menjelang 2020 saya merasakan sudah tiba masanya kerajaan menghidupkan kembali pilihanraya kerajaan tempatan yang pernah diamalkan diawal-awal kemerdekaan negara dahulu. Mudah-mudahan dengan cara ini rakyat dapat menentukan perjalanan PBT masing-masing secara telus, tanpa lagi dihantui maslah pembaziran dan salah-guna kuasa sebagimana yang berleluasa pada hari ini.
No comments:
Post a Comment