Dakwa mereka dan rakyat akan menghukum BN
Esok 4 orang tokoh pembangkang, Tan Sri Khalid Ibrahim, Dr Hatta Ramli, Tian Chua dan Ronnie Liu dikehendaki hadir ke Ibupejabat Polis Bukit Aman untuk membantu siasatan pihak Polis di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Mereka didakwa telah mendedahkan dokumen perjanjian yang melibatkan Lintaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) dengan kerajaan Malaysia dalam satu sidang akhbar dan sekaligus melanggar akta berkenaan kerana dokumen tersebut kononnya ditakrifkan sebagai dokumen rahsia rasmi kerajaan.
Mereka dikehendaki menyerahkan dokumen tersebut kepada pihak Polis esok. Siasatan dijalankan berdasarkan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi.
Baru-baru in keempat-empat tokoh berkenaan hadir dalam satu sidang akhbar dan mendedahkan perjanjian konsesi lebuhraya antara kerajaan dan pemegang konsesi LDP itu yang dikatakan tidak membela nasib dan kebajikan rakyat. Mereka mendakwa perjanjian 200 mukas surat itu membuktikan betapa kerajaan telah menjanjikan perkongsian keuntungan dengan pemegang kongsi atas bebanan para pengguna.
Jika kandungan dokumen ini terbukti membebankan rakyat dan menjejaskan kehidupan mereka, maka seharusnya rakyat WAJIB tahu mengenainya. Rakyat berhak diberitahu terhadap perkembangan yang melibatkan kehidupan mereka.
Sebagaimana Pengerusi Transparency International Malaysia Tan Sri Ramon Navaratnam menyebut:
The public has been pressing for the information because the issu of toll charges was one that was close to the hearts of the people and most of them were affected by the recent toll increase.
Saya tidak nampak sesuatu yang berasas untuk meletakkan dokumen perjanjian ini sebagaia rahsia rasmi memandangkan ia sedikit pun tidak melibatkan isu keselamatan negara. 4 orang tokoh pembangkang yang dimaksudkan cuma mendedahkan isu ini memandangkan perjanjian ini kelihatan memeras dan menekan rakyat, lalu jika Bukit Aman mendakwa mereka, saya yakin rakyat akan bangun membela dan mempertahankan mereka dan tidak mustahil kesannya nanti akan menjadi sangat buruk kepada kerajaan BN.
Dakwalah mereka, seret mereka ke mahkamah, penjarakan mereka, ketika itu BN akan dilanyak oleh rakyat dalam pilihanraya umum terdekat!
No comments:
Post a Comment