Siapa kata Dollah tak peduli?
Berikut adalah kenyataan PM Dollah Badawi semalam di Putrajaya yang dipetik oleh BERNAMA selepas kunjungan SPB YDP Agung ke sana. Kata Dollah:
We are aware and understand the peoples anxieties and difficulties. Efforts will be made (to address the hardship).We mean business. We are serious. I promised before and I will honor my promises stage by stage
Rupa-rupanya Dollah tahu yang rakyatnya sedang dalam kebimbangan dan kesusahan. Rupa-rupanya kesempitan hidup kita ekoran kenaikan mendadak harga runcit minyak, tarif elektrik, air, tol dan lain-lain disedari oleh Perdana Menteri.
diambil dari blackinkorea.blogspot.com
Dan beliau serius dan berjanji akan menangani permasalahan ini berpeingkat-peringkat.
Soalnya kita sekarang diperingkat mana?
Menurut kajian yang dibuat oleh Merdeka Centre yang baru sahaja dikemaskini di Malaysiakini 32 peratus rakyat sungguh bimbang dan terkesan akan isu-isu ekonomi yang menimpa mereka secara langsung.
Dan menurut kajian itu lagi dari 1,025 responden yang ditemui peratus keyakinan rakyat terhadap kerajaan Dollah rata-rata menurun. Paling tinggi 63 peratus masyarakat India tidak berpuas hati dengan cara Dollah menguruskan ekonomi negara, ini diikuti dengan 55 peratus masyarakat Cina dan 39 peratus masyarakat Melayu.
Mungkin kerana itulah maka BERNAMA turut memetik Dollah sebagai berkata:
Im not thinking (about the general election). What Im thinking now is about work. Theres a lot of work now. Promises made to the people in the last general election are being implemented.
Samada Dollah sedari ataupun tidak rakyat kini sedang menunggu-nunggu peluang untuk memberikan pengajaran kepada BN lantaran kesengsaraan yang rata-rata mereka hadapi.
Kerana itu sahabat BLOGGER saya SANG KELEMBAI berterima kasih kepada pengundi di Batu Talam kerana mengizinkan BN menang besar, kata beliau sekurang-kurangnya BN kini berbesar kepala, dan memandang kecil kemampuan pembangkang, sedangkan hakikatnya bara kemarahan rakyat sudah merah menyala menunggu saat untuk menjulang bagaikan api besar yang bakal membakar hangus Dollah dan rakan-rakannya.
Saya percaya dalam keadaan hari ini apa kajian sekalipun (melainkan kalau Poutera dan Puteri Umno yang lakukan) akan memeprolehi keputusan yang hampir sama dengan yang diperolehi oleh Merdeka Centre ini. Anda bagaimana?
No comments:
Post a Comment