Friday, February 02, 2007

Kenapa tak haramkan sahaja Rumah-rumah Urut

Siapa boleh terangkan kepada saya apakah aktivit sebenar yang diharapkan dari mereka yang mengunjungi rumah-rumah urut?

With due respect pada mereka yang menjalankan kegiatan urut tradisional untuk mereka yang sengal-sengal badan, terseliuh dan sebagainya, yang saya maksudkan di sini adalah rumah-rumah urut yang tenaga pekerjanya terdiri dari wanita dan lelaki yang separuh wanita.

Pihak Berkuasa Tempatan PBT memberikan lesen untuk aktiviti ini dan banyak lagi yang menjalankannya tanpa lesen.



Berbalik kepada soalan asal, apakah yang ditawarkan oleh mereka ini?

Rata-rata di sinilah tempat jantan-jantan jalang mengharapkan nafsu serakah mereka dipuaskan oleh pengurut-pengurut yang sememangnya telah terlatih untuk melakukannya. Apa lagi yang diharakan apabila sijantan tadi hanya berlapikkan sekeping tuala, berbaring di atas katil dalam bilik kecil dengan wanita si pengurut yang bersedia sahaja melayan untuk RM yang dutetapkan.

Itulah pada dasarnya aktiviti rumah-rumah urut, termasuklah sekarang yang menjalankan kegiatan refleksologi juga sudah ada cubicle atau bilik-bilik sempit untuk para pelangannya.

Kalau semuanya senonoh mengapa perlu di tempatkan dalam bilik tertentu? Mengapa perlu pengurut wanita mengurut pelanggan jantan?

Itulah massage parlour di Malaysia termasuklah di negeri Selangor dan tiba-tiba di akhbar tempatan semalam MB Selangor melancarkan Operasi Rumah Urut. Dimana EXCO-EXCOnya akan mengetuai serbuan ke rumah-rumah urut disekitar Selangor bagi meastikan aktiviti mereka tidak melanggari syarat yang diberikan dan mereka ini beroperasi dengan berlesen.

Dalam akhbar hari ini EXCO Agama Rahman Palil kononnya terperanjat apabila mendapati sebuah rumah urut di Kelang mengambil pekerja terdiri dari mereka yang di bawah umur dan kata beliau gadis-gadis ini datangnya dari keluarga yang beliau kenali! Sampai bila kita mahu berpura-pura, kononnya mahu membenteras kegiatan haram tetapi dalam waktu yang sama kita juga yang memberi lesen dan keizinan.

Kalaulah rumah urut yang ada sebagaimana yang saya jelaskan di atas, soalan saya, apakah Selangor perlukan rumah urut sedemikian? Mengapa perlu diberi lesen in the first place?

Kenapa kerajaan Selangor yang MB nya mahu melahirkan masyarakat Madani dan insan Rabbani, yang mempunyai sifat ketaqwaan:
yang mana ia sentiasa berada dalam keadaan merasai kehadiran Allah SWT sekalipun ia tidak nampak Allah SWT (sila rujuk mukasurat 4 perenggan 4 buku: Dasar Selangor Menuju Wawasan Syumul 2005, terbitan Pejabat Menteri Besar Selangor 2001)

perlu berdolak-dalik lagi dalam isu rumah urut ini? Kenapa tidak di HARAM kan terus aktivitinya, kenapa perlu diberi lesen lagi?!

Kalau benar ada jantan-jantan di Selangor yang lapar sangat mahukan badannya diurut suruh sahaja balik rumah untuk diurut isteri masing-masing, atau adakan kompleks terbuka macam pasar-pasar di Selangor, letakkan katil dan sediakan Bangla atau Indonesia lelaki yang terlatih untuk urut badan sijantan-jantan tadi secara terbuka. Mungkin MB dan EXCO-EXCO nya boleh rasmikan satu disetiap daerah di Selangor.

Pokoknya di sini, kita masih lemah dan gagal mengatasi kegiatan judi haram melalui mesin-mesin judi yang ditempatkan di pusat-pusat hiburan berlesen dan tidak berlesen seluruh Selangor, itu belum mengambil kira ratusan Cyber Cafe yang ada diantaranya juga mengendalikan judi haram, segala-galanya meruntuhkan moral dan akhlak anak-anak kita. Lalu dalam hal rumah urut ini kita masih terkial-kial, antara berani dan tidak berani mengambil tindakan.

Kalau benar MB dan EXCO nya ikhlas mahu membentuk Negeri Selangor Maju yang seimbang rohani dan jasmaninya, haramkan sahaja rumah-rumah urut ini, tak perlulah berdolak-dalik lagi.

No comments: