Berterus-teranglah dengan yang nyata
Saya masih lagi membelek-belek akhbar tempatan pagi ini, melompat antara membaca The Star dan The Sun, belum pun sempat sentuh Utusan. Tiba-tiba perhatian saya tertarik kearah satu berita kecil dalam The Sun dimuka 11 bertajuk:
Leader in education but more needs to be done: UN man
Pelapor Khas atau Special Rapporteur Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, berhubung hak asasi terhadap pelajaran, Vernor Villalobos rupanya berada di Malaysia untuk mengkaji sistem pelajaran dan pendidikan negara untuk dilaporkan kepada Majlis Hak Asasi UN.
Villalobos dalam sidang akhbarnya menyuarakan kebimbangan terhadap Akta Kolej Universiti 1971 yang menurut beliau menyekat hak berperasatuan, hak bersuara dan menyatakan pendirian politik dikalangan mahasisiwa tempatan yang menurut beliau jelas bertentangan dengan hak asasi manusia.
Rupanya menurut laman web MALAYSIAKINI kedua-dua Menteri Pelajaran dan Pendidikan Tinggi enggan berjumpa Villalobos sepanjang misinya ke Malaysia. Sedangkan menurut beliau di negara-negara lain yang dikunjunginya beliau menerima penghormatan dan layanan yang baik dari pimpinan tertinggi negara dalam portfolio pelajaran dan pendidikan.
Yang lebih menarik perhatian saya sebagaimana dilaporkan oleh laman web berkenaan betapa Villalobos turut menyuarakan pandangan berhubung pengajaran subjek sains dan matematik di sekolah-sekolah dalam Bahasa Inggeris.
Menurut beliau:
there was a need to re-examine the re-introduction of English to teach Mathematics and Science subjects since many rural students struggle with the language
Menteri tak nampak, Timbalan Menteri tak nampak, ahli-ahli parlimen lebih lagi tak nampak rupanya seorang asing dari entah mana negara, boleh berkunjung ke sini dan dengan jelas mendapati bahawa anak-anak kita di sekolah berhadapan dengan masalah, namun kita tetap berkeras kepala mahu meneruskan program yang meranapkan masa depan anak-anak bangsa ini.
No comments:
Post a Comment