Polis naik bas tidak praktikal
Saya begitu mengalu-alukan sebarang usaha untuk memastikan bas-bas ekspres yang membawa puluhan penumpang dari satu tempat ke satu tempat di sekitar negara terutama yang mengunakan lebuhraya, agar dipantau bagi memastikan ia tidak dipandu dalam keadaan yang boleh membahayakan para penumpangnya dan penguna lebuhraya yang lain.
Kita kesal seringkali bila ada sahaja musim perayaan, maka akan memuncaklah juga angka mereka yang tercedara dan terkorban akibat kemalangan di lebuh-lebuhraya kita termasuklah yang melibatkan bas-bas ekspres yang dipandu terlalu laju dan tanpa mematuhi peraturan trafik lebuhraya.
Terpampang di muka depan akhbar THE STAR hari ini gambar berikut:
Menurut Ketua Trafik Bukit Aman SACII Datuk Nooryah Md Anvar beliau menerima maklum balas yang baik dari orang-ramai ekoran langkah menempatkan anggota polis di dalam bas-bas berkenaan. Menurut laporan semalam sahaja seramai 12 orang anngota polis telah menaiki bas-bas ekspres untuk kempen ini.
Bagi saya usaha ini walaupun baik namun tidak berapa praktikal. Pihak polis mungkin boleh menempat 12 atau 20 anggota pada satu-satu hari, akan tetapi bilangan bas di lebuh-lebuh raya kita yang bergerak pada satu hari dari satu point ke satu point seluruh Semenanjung sahaja saya agak mungkin mencecah ratusan buah.
Kalau 20 buah bas bolehlah dinaiki anggota-anggota berkenaan, bagaimana dengan ratusan yang lain?
Saya fikir pihak trafik Bukit Aman perlu memperkenalkan langkah lain yang lebih praktikal dan mungkin tidak membazir masa anggoa-anggota berkenaan (yang boleh digunakan untuk tujuan lain yang lebih praktikal). Kerana saya pasti 12 ke 20 bas yang ditunggangi anggota polis ini pasti 100 peratus akan mematuhi peraturan trafik, tetapi bagaimana dengan ratusan yang lain?
Memanglah kalau pihak trafik Bukit Aman boleh menempatkan setiap anggota dalam setiap bas ekspres yang bergerak setiap jam dalam negara pastilah ianya baik, tetapi mampukah kita berbuat demikian?
Sejak Datuk Nooryah memegang tampuk Ketua Trafik Bukit Aman ini memang diakui banyak langkah-langkah dan penguatkuasaan yang berkesan telah dan sedang dilaksanakan. Walaubagaimanapun dalam hal yang ini saya rasa, ianya kurang baik, kurang praktikal dan kurang berkesan dan perlu dirobah.
No comments:
Post a Comment