Kami 10 or d tangkap krn demo tol d ioipuchong, skrg d balai polis puchong jaya
Demikianlah bunyi SMS yang saya terima dari YB Sdr Salahuddin Ayub Ketua Pemuda PAS yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.
Menurut jurukamera WTV8 yang berada di tempat kejadian, demonstrasi aman anti tol di hadapan Komplek Membeli-belah Pucong IOI Mall itu telah disertai oleh lebih 1,000 orang. Pihak polis telah bertindak menangkap beberapa pemimpin pembangkang yang mengetuai perhimpunan aman itu.
Selain Salahuddin antara yang turut ditahan di Balai Polis Puchong adalah Tian Chua, Ezam Md Nor,Yee Ling (Y4C), Ronnie Liu dan Sivarasa.
Jelas kebangkitan rakyat ini semakin mengusarkan pihak kerajaan. Memang kjita tidak boleh melakukan apa-apa ekoran kenaikan mendadak tol di Lembah Kelang sejak 1 Januari lalu, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh menyatakan sokongan kita kepada bantahan awam yangaman seumpama ini.
Biar kerajaan BN tahu bahawa sikap mereka membenarkan pemegang konsesi tol ini bermaharajalela atas kesusahan rakyat, ditenatang oleh semua. Bara kebencian rakyat ini akan terus menyala. Tahniah kepada anak-anak Malaysia yang berani memimpin kebangkitan rakyat ini.
Tangkaplah selagi mana muat lokap dan penjara kamu, namun ia tidak sekali-kali akan menghalang suara rakyat yang memperjuangkan nasib dan masa depan mereka.
Bantah kenaikan tol, tolak BN bila tiba masanya!

No comments:
Post a Comment