Update kes Datuk yang terbongkar
Laman web umno reform di http://www.umno-reform.com/ yang terdahulu mendedahkan bahawa Datuk yang dimaksudkan oleh akhbar-akhbar tempatan itu adalah Pengerusi Putera Umno Azeez Abd Rahim sebentar tadi mengeluarkan Breaking Newsnya iaitu:
Penjelasan yang kami terima ialah Dato Azeez baru kembali dari Alor Setar selepas menghadiri majlis angkat sumpah Menteri Besar Kedah dan hadir di pusat itu hanya untuk membantu kawannya ( bukan beragama Islam ) yang telah di tahan selama 4 jam. Kehadirannya di salah anggap oleh pemberita - sebagai antara yang di tahan. Beliau hadir untuk membantu dan bukan menghalang tugas -tugas polis sewaktu itu. Pemberita yang hadir dan nampak telah mengkaitkan beliau sebagai yang di tahan dan ini adalah tidak benar. Tidak ada sebarang kertas pertuduhan - soal siasat dikenakan keatas beliau.
(Perhatikan tiada pula ayat memohon maaf dari laman web tersebut seolah masih belum yakin dengan penjelasan yang diberi)
Eloklah kalau Azeez buat kenyataan yang beliau tidak terlibat, tetapi timbul pula persoalan lain, mengapa Azeez perlu hadir ke pusat tersebut jika pun mahu membantu kawannya?
Berada ditempat serbuan tidakkah bermakna menganggu atau menghalang tugas-tugas polis, tambahan tempat yang diserbu itu bukannya rumah setinggan yang mahu di roboh tetapi pusat maksiat dan pelacuran kelas satu!? (Saya difahamkan bekas pegawai kanan polis yang tercemar rekodnya kerana membelasah seorang tahanan high profile pernah menjadi pengunjung tetap ke pusat ini semasa beliau memimpin sebuah negeri satu ketika dahulu).
Bagi saya penjelasan ini sebenarnya mengundang lebih banyak tanda tanya dan kemusykilan. Bukan satu tetapi hampir semua akhbar yang melaporkan kes serbuan ini menyebut seorang Datuk ahli politik terlibat.
Dan kedua sebagaimana yang saya sebutkan di atas, apa yang penting sangat yang mahu diselamatkan oleh Azeez sehingga perlu berkejar ke tempat kejadian? Siapakah kawannya yang istimewa itu?
Apa pun sama-samalah kita ikuti perkembangan selanjutnya nanti. Harus diingati Azeez memiliki rekod pernah berkali-kali dengan licik lepas dari cengkaman pihak berkuasa, dari sekecil-kecil sehinggalah ke sebesar-besar kes. Jangan lepas lagi kali ini OK.
No comments:
Post a Comment