Wednesday, January 04, 2006

Kalau Menteri dah tak berupaya

Buletin Utama TV3 semalam menyiarkan keluhan Muhyiddn Yassin, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung pencapaian dan prestasi kementerian beliau sepanjang dua tahun beliau memegang jawatan menteri di sana.

Beliau memberi contoh darihal menangani penyakit kuku dan mulut yang menyerang haiwan ternakan khasnya lembu. Negara-negara jiran telah berjaya memperkenalkan kaedah pencegahan yang berkesan, sedangkan Malaysia masih terkial-kial cuba merawat dan mencegahnya.


Palulah gong tu kuat-kuat

Kata Muhyiddin dalam hal ini beliau telah mengarahkan Jabatan Haiwan untuk bertindak segera sejak tahun lepas lagi namun sehingga hari ini kita jelas jauh tercicir berbanding negara-negara jiran.

Muhyiddin membuat pendedahan ini semasa menyampaikan amanat tahun 2006 kepada pegawai dan kakitangan kementerian tersebut.

Kata beliau PM Dollah Badawi mahukan sektor pertanian berjalan laju, namun realitinya ia masih lembab dan kelihatan sekadar merangkak dalam keadan tercungap-cungap.

Menurut BERNAMA Muhyiddin berkata:

Masalah yang timbul dalam pelaksanaan agenda pertanian negara berpunca daripada kelemahan jabatan dan agensi di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani selain kadangkala berlaku kelewatan dalam membuat keputusan oleh agensi-agensi peringkat pusat.

Dalam hal ini menteri berkenaan seolah mengambil sikap meludah ke langit, tak sedar ia akhirnya akan bertepek kembali ke mukanya sendiri.

Kalau sekadar menyalahkan anak-anak buah sendiri, itu bukannya sikap seorang pemimpin yang baik dan profesional.

Rakyat memberikan jawatan eksklusif bertaraf menteri dengan kedudukan istimewa, elaun yang lumayan dan kemudahan yang berprestij, matlamatnya untuk Pak Menteri berkenaan mengemudi dan memandu kementerian beliau berdasarkan kecekapan dan kebolehannya (memimpin para pegawai dan penasihatnya) untuk memberikan khidmat dan output yang membina dan berkulaiti untuk rakyat jelata.

Tapi kalau sudah dapat segala-galanya, namun tetap gagal, maaflah saya rasa sepatutnya bukan pegawai dan kakitangan yang perlu dipersalahkan tetapi Pak Menteri sendiri perlu diterajang keluar!

Kalau beginilah sikap para menteri kita, saya khuatir, kita akan berhadapan dengan situasi yang akan merugikan negara pada jangka-panjang. Para menteri memegang jawatan semata-mata untuk bersenang-lenang dan meneguhkan kedudukan politiknya semata-mata, manakala nasib dan kepentingan rakyat dan negara diserahkan buta-buta kepada pelaksana dasar iaitu para pegawai dan kakitangan kerajaan. Kalau begitu apa gunanya ada menteri?

No comments: