Monday, January 16, 2006

Aduhai Astora Jabat

Saya masih ingat ketika pengasas Darul Arqam dahulu, Ashaari Muhammad didedahkan penyelewengannya secara terbuka oleh para mufti (yang disiarkan secara langsung ketika itu), salah satu tuduhan yang paling besar bahawa tindak-tanduk dan aktiviti Ashaari adalah SESAT LAGI MENYESTKAN.



Kini perkara itu dah berpuluh tahun berlalu, dan Ashaari sudah pun bebas setelah mengakui kesalahannya.

Walaubagaimanapun golongan yang SESAT LAGI MENYESATKAN ini tetap wujud dalam negara, dan jika kita tidak berhati-hati, pasti mereka akan mengelirukan ummah dan memberikan gambaran yang buruk dan lekeh terhadap Islam. Golongan seumpama ini kalau tidak berpengarauh ataupun diberikan kedudukan, mungkin ancamannya tidaklah membimbangkan, akan tetapi jika diberikan saluran dan ruang untuk menyampaikan pandangan dan pendiriannya secara terbuka, ianya merbahaya dan perlu segera diambil tindakan (sebagaimana Ashaari dahulu).

Individu yang saya maksudkan ini adalah Astora Jabat. Ramai yang sudah pun menyampah dan tidak ambil pusing pada tulisan dan pandangan beliau terutama yang terbit setiap minggu dalam Mingguan Malaysia. Saya sendiri pun demikian, akan tetapi akhbar berkenaan berterus-terusan memberikan ruang dan peluang kepada beliau seolah-olah redha walaupun jelas Astora ini seperti Ashhari dahulu ketara SESAT LAGI MENYESATKAN.

Dalam MM baru-baru ini contohnya dalam ruangan E Pembaca (inipun satu lagi, ruangan ini sebenarnya lebih berbentuk ruangan soal jawab agama, dan bagaikan seorang Mufti, Astora begitu ghairah menerbitkan pandangan dan fatwa beliau, yan rata-rata dangkal dan bertentangan dengan pandangan umum yang diketahui ramai) seorang pengunjung yang memanggil dirinya NURUL SERDANG telah bertanya berkenaan hukum mencari rezeki di pasar raya yang menjual arak. Hamba Allah ini menerangkan dia bekerja di salah sebuah pasar raya sedemikian dan ingin tahu hukumnya.

Jawab Astora:

Untuk menjawab soalan saudari penulis merujuk kepada fatwa Mufti Mesir Dr Ali Gomaa. Beliau ada mengeluarkan fatwa baru-baru ini mengharuskan orang Muslim menjual arak di NEGARA BUKAN ISLAM. Maksud menjual arak di sini ialah bekerja di restoran, kafe, pasar raya dan sebagainya yang dimiliki orang bukan Islam di NEGARA MEREKA. Jadi jika mahu ikut fatwa Dr Ali ini saudara HARUS bekerja di pasar raya itu selama mana sebelum mendapat pekerjaan yang lebih baik.

Berdasarkan jawaban di atas Astora secara terang-terangan mengelirukan para pembaca dengan ayat-ayatnya sendiri. Yang ditanya adalah bekerja di pasar raya maksudnya tempatan, di Malaysia. Yang dijawabnya di NEGARA BUKAN ISLAM.

Adakah Astora bermaksud Malaysia sebuah negara BUKAN ISLAM?

Dengan mudah Astora menjatuhkan hukum HARUS sedangkan yang kita tahu adalah sebaliknya.

Ini baru satu contoh kecil, soalnya berapa lama lagi Astora akan diberikan lesen untuk terus menyesatkan orang-ramai? Pihak berkuasa agama kena pandangn serius isu ini kerana ia membabitkan maruah dan nama baik Islam. Kalau sebesar Ashaari Muhammad itu pun boleh diambil tindakan, apa istimewanya Astora ini?

Dalam keadaan Islam diserang dari pelbagai penjuru, mengapa kita mahu memikul biawak hidup yang tidak bermanfaat ini?

No comments: