Wednesday, January 11, 2006

Berharap pada Dollah untuk menyelamatkan Islam

Akhirnya PM Dollah Badawi besuara. Saya kira dalam press conference nya di Kepala Batas semalam beliau menyentuh isu ini sekitar 10 minit. Dan dalam waktu 10 minit itu akhbar-akhbar tempatan hari berjaya terbit dengan pelbagai tajuk mengenainya:

NST: Law must be clear

THE STAR: PM there must be no confusion over religious matters

THE SUN: Law must be clear on conversion

UTUSAN: Perjelas hal tukar agama, masih ada kekeliruan dalam undang-undang sedia ada

Demikianlah tajuk-tajuknya, kita belum pula merongkai beritanya yang saya nampak masing-masing tafsirkan berdasarkan trend yang dibawa akhbar masing-masing. Kalau kita bersangka baik pada laporan UTUSAN, bolehlah kita terima petikannya iaitu kata Dollah:

Banyak yang fikir, perlu diperjelaskan soal undang-undang dan perlembagaan supaya tidak ada kekeliruan yang timbul. Soal apa tindakan yang perlu kita ambil dari segi undang-undang itu adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan, yang penting kita bagi keadilan kepada semua.

Saya sendiri tidak dapat membaca maksud sebenar Dolah itu, dan sememangnya Dolah seorang PM yang sangat sukar dibaca pun (jangan dalam hal segenting ini pun nak tunggu ilham juga). Walaubagaimanpun kalau kita lihat kenyataan beliau itu kata kuncinya di sana adalah DIPERJELASKAN ataupun CLARIFY dan bukannya PINDA ataupun AMEND.


Jangan sampai Islam dikuburkan

Dan inilah yang kita umat Islam harapkan. Agar perkara 121 (1) (A) itu diperjelaskan maksudnya kepada semua rakyat Malaysia. Supaya semua faham dan tidak bersyak-wasangka serta bersangka buruk sesama sendiri.

Perkara 121 (1) (A) itu bagi saya yang bukan seorang peguam, bukan semata-mata bermaksud menghalang semakkan ataupun campurtangan mahkamah sivil dalam hal ehwal perundangan Islam semata-mata. Ia sebenarnya bermaksud memelihara dan mengekalkan kewibawaan mahkamah syariah dalam bidangnya yang telah pun diiktiraf dan diperakui oleh perlembagaan.

Dalam hal-ehwal berkaitan hukum-hakam Islam (yang walaupun tidak komprehensif) dan prosedur yang berkaitan dengannya sudah diperakui sejak zaman British lagi bahawa pihak yang layak atau competent adalah mahkmah syariah. Maka sudah pastilah camputangan mahkamah yang tidak competent akan mengakibatkan tergelincirnya keadilan atau travesty of justice.

Mengekalkan Perkara 121 (1) (A) ini bukannya menafikan keadilan kepada mana-mana pihak, tetapi sebenarnya memelihara keadilan itu sendiri agar ianya hanya diuruskan oleh badan yang layak.

Dollah mengatakan yang pentingnya adalah KEADILAN UNTUK SEMUA, dengan demikian bermakna jika contohnya dalam kes Mohammad a.k.a Moorthy ini, yang dipertikaikan adalah pengislaman Allahyarham, maka sudah pastilah keadilan dalam hal ini hanya boleh diberikan oleh mahkamah syariah sebagai satu-satunya mahkamah yang layak dan berwibawa.

Mana mungkin mahkamah sivil mengkaji dan memutuskan samada seseorang itu telah Islam ataupun sebaliknya, kerana ia tidak memiliki kelayakkan berbuat demikian.

Saya mendoakan agar begitulah hendaknya maksud kenyataan Dolah Badawi itu. Semoga kewibawaan institusi mahkamah syariah itu tidak diganggu-guggat oleh mana-mana pihak dan dikekalkan sebagaimana adanya.

Janganlah pula Dollah berkata lain tetapi bermaksud yang lain. Inilah yang membimbangkan umat Islam kerana kalau kita perhatikan akhbar THE STAR contohnya setelah memetik kata-kata Dollah ia menyebut:

Minister in the Prime Ministers Department Datuk Seri Nazri Aziz and several other ministers had said that the Cabinet was of the view that the civil court should not brush aside cases pertaining to the status of converts by stating that it had no jurisdiction over them.

Menteri di JPM Nazri Aziz dan beberapa menteri kabinet yang lain telah menyatakan yang Kabinet berpandangan bahawa mahkamah sivil tidak sepatutnya mengenepikan begitu sahaja status penukaran agama dengan menyatakan bahawa ia tidak memiliki kuasa berbuat demikian.

Jangan sampai mimpi ngeri yang dicipta Nazri dan rakan-rakannya termasuklah DAP serta NGO bukan Islam menjadi kenyataan.

Sementara itu menurut akhbar THE SUN Majlis Perundingan Penganut Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh sedang menyiapkan kertas cadangan untuk diserahkan kepada PM berhubung hal ini. Manakala Ketua Pembangkang Kit Siang pula telah dilaporkan menulis kepada PM agar menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pilihan Parlimen (Parliamentary Select Committee) dan seterusnya meminda perlembagaan bagi mengembalikan Perkara 121 (1) (A) kepada maksud asalnya.

No comments: