Selangor Maju: cukai tanah dan cukai pintu naik
Tahun lalu MB Selangor Khir Toyo telah membuat pengisytiharan bahawa Selangor adalah sebuah Negeri Maju.
Hasil ekspot Selangor adalah USD 22.89 billion (walaupun hakikatnya Pelabuhan Kelang dan KLIA bukanlah gerbang ekspot yang ekslusif untuk Selangor sahaja!) Tahap pendidikannya adalah yang kedua terbaik di dunia, mengalahkan Singapura dan kebanyakkan negara-negara Eropah yang lain! Pendapatan per kapita rakyatnya adalah lebih RM48,000 setahun ataupun dalam erti kata lain pendapatan bulanan rakyat Selangor lebih RM4,000 setahun (lumayan tu).
Rakyat Selangor bukan macam lembu Khir
Juga nisbah guru dan murid di Selangor bagi sekolah rendah 1 guru bagi 19 murid dan sekolah menengah 1 guru bagi 16.8 murid (tak tahulah dimana letaknya sekolah yang dimaksudkan itu?)
Kalau demikianlah hakikatnya memang maju sungguh Selangor, namun realitinya tidak pun begitu pada rupa, tanyalah mana warga Selangor pun (kecuali kroni yang dikeliling-kelalang Khir).
Kalau pun ada yang membuktikan Selangor Maju sekadar ratusan papan-papan tanda yang naik di seluruh negeri dengan wajah Khir Toyo dan Dolah Badawi dengan caption Selangor Maju 2005, entah berapa juta belanjanya. Bagi majlis-majlis perbandaran yang berwang seperti di Subang Jaya dan Petaling Jaya, tak cukup dengan papan-papan tanda besar, dinaikkan juga yang berlampu yang diikat disepanjang tiang-tiang lampu di jalan-jalanraya.
Tak mengapalah asalkan rakyat Selangor redha, cuma apa yang mahu dibangkitkan di sini adalah beberapa pengumuman yang telah dibuat oleh kerajaan negeri yang telah melibatkan rakyat Selangor secara langsung, yang kini rata-rata sedang mengeluh akibatnya.
Pertama pada akhir tahun lepas Pengarah Tanah dan Galian negeri telah mengumumkan kenaikkan 10 peratus cukai tanah berkuatkuasa tahun 2006 ini. Kenaikkan ini melibatkan semua jenis pemilikan tanah samada komersial maupun persendirian.
Kedua yang terbaru adalah kenaikkan cukai pintu bagi rakyat yang berada dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Kata Khir Toyo kenaikkan cukai pintu itu adalah wajar dan tidak mebebankan dan ianya dilakukan kerana sudah lama tidak dinaikkan.
Isunya di sini, bukankah Selangor sebuah negeri maju sebaaimana didakwa? Sepatutnya apabila Selangor maju maka kebajikan dan nasib rakyatnya juga turut maju. Tidak ada makna negeri sahaja yang maju tetapi rakyat jelata hidup susah dan bermasalah.
Sepatutnya negeri yang maju yang mementingkan kebajikan rakyat akan cuba sedaya upaya mengalih dan mengelakkan bebanan dari terus terkena secara langsung kepada rakyatnya. Naiklah cukai tanah ataupun cukai pintu, namun kenaikkan sepatutnya hanya melibatkan tanah dan bangunan komersial bukannya tanah dan bangunan milik individu. Macam tu barulah negeri maju yang didokong rakyat!
Kalau negeri sahaja namanya maju tetapi untuk menampung belanja maka dikorek dari poket rakyat kebanyakkan, itu bukan maju tapi lintah darat namanya!
Demikianlah al kisah Selangor. Setelah seluruh negara terlibat secara langsung dengan kesan kenaikkan harga minyak, bahan-bahan makanan, kos perkhidmatan kini tambah dua lagi untuk rakyat Selangor Maju iaitu cukai tanah dan cukai pintu pun turut naik! Terima kasih Khir Toyo.
No comments:
Post a Comment