Sunday, January 01, 2006

Identiti Datuk misteri terdedah?

Pada malam Jumaat lepas 4 pegawai dan 23 anggota dari D7 iaitu Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah menyerbu sebuah Pusat Spa dan Karaoke di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya iaitu sebuah hotel bertaraf 5 bintang.

Seramai 30 wanita asing berusia antara 18 dan 30 tahun (terutama warga Cina) yang dipercayai telah terlibat dengan aktiviti pelacuran telah ditahan. Turut ditahan adalah dua orang wanita yang dipercayai bertindak sebagai ibu ayam.

Dalam serbuan itu juga 43 pelanggan dan 36 orang pekerja telah disoal-siasat pihak Polis.

Akhbar THE STAR pada pagi Jumaat melaporkan peristiwa sebuan itu dengan tajuk:

Datuk left red faced by raid


Saya berusaha mendapatkan maklumat lanjut berkenaan identiti Datuk ini kerana dia dikatakan seorang ahli politik. Seorang kawan memberitahu bahawa Datuk ini seorang pemimpin muda dari Umno yang sedang meningkat naik dan tinggal pula di Subang Jaya.

Untuk makluman ketika serbuan berlaku Datuk tersebut berada dalam kolam spa bersama beberapa wanita yang ditangkap sebagai pelcaur itu (apa yang sedang dilakukannya tidak pula diberitahu)!

Saya mula membayangkan identiti Datuk ini setelah maklumat demi maklumat sampai kepengetahuan saya. Akhirnya telahan saya tepat apabila laman web umno reform.com membuat pendedahan berikut:



Kita minta jangan ada layanan istimewa jika benar Azeez ini (Ketua PUTERA Umno Malaysia) telah terjebak sekali lagi dalam kesalahan jenayah. Pihak polis perlu membuktikan yang mereka telus dan tidak mengamalkan pendakwaan berpilih-pilih. Kita juga minta jangan ada mana-mana Menteri atau Timbalan Menteri yang memulas tangan pihak polis untuk membebaskan Azeez ini jika benar dia terlibat.

Semasa pilihnaraya kecil DUN Pengkalan Pasir yang baru lalu saya pernah menulis di BLOG ini dimana Azeez dilaporkan oleh akhbar THE STAR (11/11/05) sebagai berkata:

He said in restricting activities for youths PAS (Kelantan) made them turn to social ills such as drug abuse.

Tak tahu pula saya adakah aktiviti yang beliau ceburi ini termasuk dalam senarai aktiviti yang sihat yang mampu menghalang dan mengubati kanser keruntahan akhlak.

Pada bulan Jun tahun lalu laman web Agenda Daily telah menemuramah Azeez ini dan berikut antara sedutan kata-kata Azeez ketika itu:

Sesuatu yang salah tetap saya kata salah, haram tetap haram halal tetap halal prinsip saya jelas, saya tidak mahu kerana kawan saya nak pusing cakap, itu saya tak mahu! Bagi saya apa mak cakap adalah benar belaka.

Dan Azeez turut menyentuh berkenaan Islam Hadhair apabila beliau berkata:

Pak Lah ke sana sini menyebut Islam Hadhari, yang faham siapa, ketua bahagian pun ada yang tak faham, apatah lagi akar umbi, jadi peluang yang berikan pada saya ini akan dipergunakan dengan sebaik-baiknya, saya akan pergi ke akar umbi untuk menterjemahkan apa itu mari bekerja bersama saya bukan untuk saya.

Berada dalam spa bersama wanita pelacur jelas haram Azeez, walk the talk, jangan pusing-pusing cakap. Dan harap-harap janganlah ketika itu Azeez rupanya sedang tekun menterjemahkan mari bekerja bersama saya bukan untuk saya, serta konsep Islam Hadhari.

Apa agaknya komen penanung terbesar Azeez, Sdr. KJ?

No comments: