Saturday, December 26, 2009

Jangan terjerumus dalam kerja-kerja fasik

“Perhimpunan mendesak PAS Selangor keluar Pakatan Rakyat…………..”

Demikianlah bunyi SMS “layang” yang sedang bertebaran dan meniti antara telefon bimbit ke telefon bimbit. Sebentar tadi ketika berlangsung sebuah program anjuran Lajnah Tarbiyah PAS Selangor, para pemberita bertanyakan Dato Dr Hasan Ali dan saya berkenaan perkara ini.

Sebelum itu beberapa wartawan turut menghubungi saya termasuklah dari lidah rasmi parti sendiri yang bertanya:

SMS ini ana terima dari orang yang xda dlm directory hp ana. BETUL KA? Boleh kami komen utk hdaily

SMS tersebut kononnya menyatakan satu memorandum akan diserahkan oleh himpunan itu dan diterima sendiri oleh Dato Dr Hasan Ali.

(Dan kebetulan semasa membuat posting ini seorang lagi pemberita menghubungi saya)

Saya terpesona bagaimana dari sekerat SMS yang tidak tahu hujung pangkalnya, heboh satu kampung melonjak-lonjak memberi reaksi. Orang lain mungkin tidaklah dihairankan sangat tapi sampai lidah rasmi parti pun begitu, pasti ada agenda yang tersirat!

Bukankahlah Allah swt memerintahkan kita dalam firman Nya:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus
(al Hujarat 6-7)

Fasik kah orang yang mengirim SMS itu? Kalau siapa pengirimnya pun kita tidak tahu, dan kandungan beritanya tidak ada dalam pengetahuan pimpinan tertinggi PAS Selangor apalagi Pesuruhjayanya sendiri, apakah lagi kategori selain fasik?

PAS Selangor tidak sekali-kali terlibat dalam kononnya himpunan seumpama itu. Saya yakin tidak ada seorang ahli PAS di Selangor pun, jika benar ada himpunan itu, akan terlibat atau hadir. Ternyata ianya kerja bodoh. PAS Selangor komited menjayakan Pakatan Rakyat dan insyallah akan mempertahankan kerajaan ini.

Saya tidak kisah sangat kepada penganjurannya tetapi cuma sedih akan nilai profesionalisma kita khasnya mereka yang menjaja dan membawa berita ini. Jangalah menjadi lidah kepada anasir yang mengugat kestabilan parti dan PR sendiri di Selangor.

Akurlah akan firman Allah swt:

Bertakwalah kepada Allah dan dengarkanlah (perintah-Nya). Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang berbuat fasik. (al Maidah:108)

3 comments:

Anonymous said...

Salam Roslan,
Inilah antara petanda-petanda sesuatu kerajaan akan jatuh. SEBAB
Orang-orang jamaah atau aktivis parti tidak mengamalkan ajaran sebagaimana ayat dari surah Al-Hujarat yg sdr kemukakan itu. Sepatutnya siasat sumber dari mana, bukan turut sama hebahkan masej yang tidak jelas, seseolah mahu bertanya, padahal turut sama menyebarkan SMS fitnah itu

Sebelum apa-apa dah heboh dan menuduh sesama sendiri. Jarum halus musuh telah berjaya masuk ke fikiran ahli Jamaah PAS.
Ini juga antara bahayanya apabila ahli PAS yang berdaftar secara sah tak ramai, tetapi sekadar berbangga dengan ramainya penyokong.

Walaupu kedua-dua nya amat penting dalam pilihan raya, tetapi yang teramat penting lagi dan utama ialah ahli PAS yang berdaftar dan mendapat tarbiyyah dari pemimpin PAS dengan cara bersistem.

Apakah kita boleh percaya, sekadar penyokong sahaja berterusan begini?. Kebiasaanya orang sebegini akan mudah menyebarkan berita palsu, bukan apa kerana bimbang, bertambah parah jika ada unsur-unsur mau sabotaj sesama sendiri. Musuh bila-bila masa menyerang kita samada secara direct atau melalui orang dalaman.

SEJARAH Islam dah banyak mengajar taktik musuh sebegini. Belajar dan ambillah manfaat dari sirah.

Pihak atasan juga perlu mengambil respon yang segera dan tidak keterlaluan. Macam tarik rambut dalam tepong.

Anonymous said...

aku heran banyak betul musuh dalam selimut sekarang ni. apa yg depa dengki kianat sangat aku pun tak tau.
tapi agak-agaknya semua orang dah mula gila jawatan nampaknya.

Nur said...

Salam.

Nampaknya munafik dalam jemaah mula menunjukkan belang! harap tok guru presiden dan Dr. Hassan Ali dapat mengenalpasti golongan munafik ini dan berhati2 supaya mereka tidak boleh merosakkan jemaah!

Oh Ya Allah, perit sungguh ujian kami utk mendaulatkan agamaMU tp kami pasti ada balasan kebaikan diakhirat yg menunggu jika kami syahid di dunia membela agamaMu.

Harap Dr. Hassan Ali terus istiqamah dalam perjuangan Islam. Ini doa dan harapan saya sekeluarga! Saya dapat lihat kekangan dan kesusahan yg dihadapi PAS terutamanya di Selangor di bawah pimpinan beliau utk menegakkan Islam.

Kepada semua pimpinan PAS Selangor,

Selagi kalian ikhlas membantu agama Allah, InsyaAllah, pertolongan Allah datang pada kalian! Jika niat kalian utk kemenangan kerusi (Dun/Parlimen), sudah pasti hanya kerusi yg kalian dapat tanpa rahmat Allah. DAN ingatlah jika dikalangan kalian (pemimpin) telah tergelincir menjadi sebahagian dari kerabat Abdullah bin Ubai, segeralah kembali kepada Islam, mari kembali bersama kepimpinan jemaah seperti yg telah diamanahkan oleh tok guru presiden!

Semoga ALLAH selamatkan jemaah PAS Selangor! amin.