Friday, August 21, 2009

Sampai bila mahu selesai?

Pagi tadi ketika bersarapan dengan isteri, yang terakhir sebelum menempuh Ramadhan al Mubarak esok, sahabat seperjuangan menelefon bertanya khabar dan mahu mengulas darihal isu terkini. Apa lagi jika tidak isu membabitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.

Menurut sahabat tadi kejadian melontar “molotov cocktail” pada kenderaan SPRM di Kelang dan kenyataan pantas pihak SPRM yang cuba mengaitkan kejadian tersebut dengan kerja-kerja kongsi gelap seolah cuba mencipta persepsi masyarakat dan barangkali ada kaitan dengan inkues yang membabitkan mendiang Teoh Beng Hock.

Saya terpaksa bersetuju dengan analisa beliau. SPRM yang merupakan warisan kebangaan Tun Abdullah Badawi satu ketika dahulu pada hari ini semakin dicurigai dan dipertikaikan masyarakat berbanding BPR dahulu. Dimana salah dan silapnya hanya SPRM dan kerajaan BN kini yang boleh menjawabnya.

Kemunculan surat misteri dalam inkues mendiang Teoh turut menambah parahkan lagi keyakinan masyarakat terhadap SPRM. Saya tidak berhajat mahu mengulas isu inkues ini kerana ia masih berjalan tetapi bagaimana surat misteri yang sepatutnya dirahsiakan dari pengetahuan awam kini dapat diakses dinternet secara bebas. Kebocoran ini suatu tamparan hebat terhadap ketelusan inkues itu sendiri.

SPRM sepatutnya memberi tumpuan pada kerja-kerjanya. Laksanakan ia secara adil dan telus, “without fear or favour”. Jika kebelakangan ini mereka begitu aktif menyeret ahli-ahli politik dan pimpinan PR mengapa tindakan terhadap BN dihentikan atau diperlahankan? Yang lebih penting lagi sebagai badan bebas SPRM sepatutnya tidak melibatkan diri dalam politik, memberi ulasan berbau politik, memihak pada mana-mana tokoh politik – kegagalan ini akan mencemarkan nama baik mereka yang kini ternyata semakin buruk.

Berapa lama perkara ini akan reda dan selesai, hanya Allah yang mengetahui, jangan sampai kebimbangan rakyat terhadap mereka mengatasi H1N1!

1 comment:

Anonymous said...

Memang pun umno ni dah terdesak sangat nak rampas Selangor.Kantong mereka dah hampir kering akibat kehilangan negeri punca kewangan utama mereka.Adun adun dan Exco akan disabitkan rasuah seperti 2 orang adun katak di Perak.Bila dah dapat balik Selangor ni,diam le SPRM tu.