Friday, December 26, 2008

Kuala Terengganu semakin condong pada PAS

Belum pun tiba tarikh penamaan calon tetapi Kuala Terengganu sudah panas menggelegak. Mungkin kerana menjangka ia akan terus panas dan mungkin membakar mereka maka Umno dan BN terpaksa mengumumkan calon mereka terlebih awal, keluar dari konvensyen biasa, Umno mencipta sejarah mengumumkan calonnya awal.

PAS telah mengisytiharkan calonnya hanya akan diumumkan oleh Tuan Guru Presiden pada 1 Januari nanti, tidak tunduk dan mengikut rentak Umno.

Saya mendapat maklumat pada hari pengisytiharan calon Umno, majlisnya tidaklah seceria mana. Masih wujud syak wasangka dan bermasam muka dikalangan “laksamana-laksamana” Umno Terengganu, membuktikan bahawa mereka masih retak dan sukar bersatu. Pemilihan Senator Wan Farid sebagai calon pun dikatakan tidak dapat diterima oleh sesetengah “laksamana” dan konconya. Ada yang mengatakan jika benar Wan Farid dan keluarganya berpengaruh maka mengapa abang beliau Wan Hisham boleh tewas di DUN Ladang pada PRU lalu walaupun beliau ketika itu ahli EXCO.

Apa pun perkembangan di dalam Umno bukan hanya di Terengganu tetapi diseluruh negara tidak memihak kepada mereka. Mereka sebenarnya masing-masing kini sedang sibuk berkempen bukan untuk Kuala Terengganu tetapi untuk merebut jawatan bagi proses pemilihan parti mereka yang dijangka berlaku awal tahun hadapan. Menurut adatnya dalam Umno korban politik paling banyak berlaku bukan pada pilihan raya umum tetapi semasa pilihan raya parti!

Dan terakhir penyertaan beramai-ramai bekas Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapt Dato Zahar Hashim dan AJK-AJKnya dijangka terus menyukarkan laluan buat Umno. Kapt. Zahar dan rakan-rakannya telah berjanji untuk berkampung di Kuala Terengganu bagi membantu calon PAS.

Oleh itu PAS mesti membuat persediaan yang paling baik. Jangan jadi macam Umno, jangan terjangkit penyakit Umno. Kita parti Islam, kita punya adab dan disiplin kita yang meletakkan Islam diteraju teratas pada setiap masa. Lantas jika PAS punya alahan dari penyakit-penyakit ini, masing-masing berlapang dada dan ikhlas berjuang dan bekerja kerana Allah swt, tidak mustahil kerusi yang pernah dimiliki Allahyraham Dato Onn Jaafar (KT Selatan) dan Allahyarham Hassan Adli (KT Utara) ini akan kembali ke pangkuan PAS.

12 comments:

al-brangi Online said...

InsyaAllah menang PAS

Anonymous said...

CALON PAS PRK KT: BERBEZA PANDANGAN ADALAH RAHMAT

Demam pilihanraya kecil kembali muncul dengan fokus diletakkan kepada kawasan Kuala Terengganu. Di celah-celah pelbagai isu yang mula berbangkit, pihak BN awal-awal lagi membawa isu kononnya berlaku keberantakan PAS dalam memilih calon untuk pilihanraya tersebut. Dikatakan wujudnya perselisihan antara kepimpinan PAS dalam menentukan calon yang perlu bertanding. Pengumuman calon PRK PAS yang lewat daripada BN menambahkan lagi hujahan peluru yang ditujukan kepada pihak PAS. Namun, adakah begitu kisah sebenarnya. Ada yang mengatakan kepelbagaian pendapat yang timbul bermula daripada petikan kata Mursyidul Am sehinggalah pandangan PAS perhubungan negeri menunjukkan berlakunya perpecahan dalaman PAS. Cukup dangkal sekali kesimpulan yang dibuat. Adakah kepelbagaian pendapat yang multidiversiti boleh ditafsirkan sebagai perpecahan?

Apakah teras kepada penentuan calon? Telah diketahui PAS sentiasa mendengar semua pendapat sama ada diterima daripada ahli cawangan, ahli biasa, peringkat negeri ataupun kepimpinan teringgi, malah Presiden PAS sendiri di petik berkata blogger juga mempunyai hak untuk memberikan pandangan. Apabila manusia diberikan ruang untuk memilih, pilihan yang dibuat akan berasaskan nilai dan hukum kecenderungan masing-masing dan pengalaman yang di lalui. Budaya PAS tidak pernah mewujudkan homogenisasi pendapat selagi mana tidak bertentang dengan dasar perjuangannya. Malah, PAS akan cuba mengharmonikan semua pendapat melalui perbincangan ataupun syura kerana meyakini diversiti dan kepelbagaian akan memberikan ruang utk keberhasilan potensi pendapat yang baik dan yang terbaik. Keterbukaan prinsip inilah yang cukup tidak disenangi oleh pihak lawan.

Apabila timbulnya kepelbagaian pandangan, satu teras tunjang akan bertindak sebagai kawalan kepada semua dinamika proses yang berlaku dan sistem tersebut sudah tersedia di dalam pengurusan organisasi PAS itu sendiri. Di mana pada akhirnya, proses pencalonan akan diserahkan kepada PAS Pusat serta Jawatankuasa Politik PAS Pusat dan akan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat.

dariana said...

Pas akan menang. insyaAllah. kukuhkan saf dan takbir!

Anonymous said...

Sdra,
Pada saya tidak pelik langsung soal cepat atau lambat isytihar calun. Bukan isu pun, namun itu pun nak dijadikan isu? betullah umno tak ada isu.

Umno isytihar lebih awal mungkin kerana nak elak perebutan lebih sengit. Kalau ditangguh sehingga seminggu lagi mungkin akan ada yang pecah kepala. Umnolah katakan!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Pas tidak akan menang kerana byk isu x boleh diselesaikan peringkat kg pun sekali pun krn byk kita lihat penubuhan pr hanya gimik semata2 apatah lg husam seperti anjing kepanasan yg berdolak dalik dlm isu hudud...sudah menangguk di air yg keruh...selamat tinggal pas dan pr

Panglima Perang Cyber said...

Saya nak celah sikit, bagi memberi sedikit pandangan tentang pilihanraya KT tidak lama lagi.

Soal siapa menang tidak menjadi masalah cuma soalnya siapa yang berjaya menjelaskan kepada pengundi isu2 maka dia akan mendapat kemenangan moral atas sokongan hasil penerangan tersebut..

Saya rasa tidak semua ahli umno bertanding dan tidak semua juga sibuk mengejar jawatan.

Masih ada yang semangat tinggi ingin memenangkan partinya yang telah berjasa sekian lama menjaga agama bangsa dan negara di Malaysia...

Harap kita boleh bertukar idea tanpa syak wasangka kerana kita semua akhirnya akan tetap menuju arah kiblat yang sama.

Kematangan politik tentu menjauhkan kita dari kafir mengkafir sesama saudara seagama..

Teringat pesanan Nabi kita :

Sayangilah yang berada di bumi nesaya akan disayangilah kamu oleh mereka yang berada di langit..

tafsirannya rasa Hj Hadi dapat huraikan lebih kemas dari saya yang hanya pandai menyalin dari kata kta alim ulama sahaja.

Sekian, selamat berjuang di KT demi untuk menjaga agama bangsa dan negara.

Perpaduan Melayu bermakna Perpaduan Muslimin !!!

Anonymous said...

assalamulaikum..tuan boleh sy dptkn email tuan...

terima kaseh..

assalamualaikum..

zaffran_14@yahoo.com

ANAK BAPAK said...

allahuakbar!!!!

Azizahns said...

pesanan untuk pemimpin melayu dan islam (umno/pas/bebas/etc)....

janganlah hanya kerana undi dan ingin populariti... bangsa melayu dan agama islam terabai...

untuk dapatkan sokongan cina, hak-hak bangsa melayu dipinggirkan...

untuk dapatkan pengaruh... semua perkara dah jadi tak apa...

cukuplah....
isu babi, tulisan jawi, azan, bahasa melayu, tanah, hak keistimewaan, biasiswa, uitm, mara, malah malah isu mb melayu.

bahaslah isu ini atas kepentingan orang melayu dan islam bukan atas kepentingan politik.

janganlah ulangi kisah pak kadok menang sorak kampung tergadai.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Dear Akhi Roslan,

As I'm writing now,our Brothers and Sisters in Gaza are being slaughtered by the Israelis.I checked all the Malaysian sites,nobody reported this,not even Harakahdaily!Can you highlight the plight of our Brothers and Sisters in Gaza in your next posting?

Wassalam

Anonymous said...

oh yeahhhh...pas boleh menang di KT. wan farid bukan the best canditate tapi ada satu syarat....

JANGAN LETAK ABANG MAT SABU DI KT. TOLONGLAH...

lebih baik natar dua calon ni sahaja: Khazani n syed azman.

masalahnyer TGNA ni teringin benar dengan abang mat sabu....

ketam said...

Apabila AGAMAku Yg SUCI di hina dan diperlekehkan,dimanakah pemimpin PAS dan ahli-ahli PAS yg kononnya berjuang menegakkan Syiar Islam yg kononnya sanggup mati demi mempertahankan ISLAM?

Dimanakah bloggers PAS yg cekap menyiasat kesalahan UMNO dan BN tetapi kelihatan pejam mata dan minda apabila AGAMAku dihina dan diperlekehkan?

Beranikah ahli-ahli PAS,mengamuk dan bertempur dgn polis membantah UMNO dan BN berbuat sama perkara yang sama MEMBANTAH PENGHINAAN TERHADAP AGAMAku??

Dimana ketegasan Tuan Guru dan Tuan Hadi? Dimana Musyidul Agung PKR Anwar Ibrahim? Kenapa apabila kepentingan kaum India dipertahankan tetapi AGAMAku tidak mendapat PERLINDUNGAN YANG SEWAJARNYA??

Semoga ALLAH mengembalikan perasaan sayangkan AGAMAku kepada semua ahli-ahli PAS dan seluruh umat ISLAM.

wassalam