Saturday, October 06, 2007

Pemuda Gerakan turut menempelak Pemuda Umno

Semalam Pergerakan Permuda Parti GERAKAN mengadakan mesyuarat agung tahunannya. Semasa sidang perbahasan salah seorang perwakilan dari Kedah Heah Tick Lai telah menggamatkan dewan apabila beliau membawa keluar dua belah keris yang dibentuk dari styrofoam. Beliau melambai-lambaikan keris itu sambil berkata:

Saya membawa keris ini bukan bertujuan mahu berlawan atau mencabar sesiapa. Saya minta sekiranya Hishamuddin (Ketua Pemuda Umno) dilain kali, menghubuskan kerisnya, jeritlah slogan untuk perpaduan rakyat Malaysia.




Bagi saya tindakan Heah ini menempelak aksi Hishamuddin yang menghunus keris sewaktu Perhimpunan Agung Pemuda Umno dahulu. Aksi itu sangat tidak disenangi oleh masyarakat Cina malah semasa Persidangan Tahunan Pemuda MCA sebelum ini, seluruh pimpinan pemuda MCA diketuai Ketuanya telah mengangkat keluar Perlembagaan Negara. Kata Ketuanya ketika itu, kami di MCA jika bermasalah akan merujuk kepada buku ini

Masyarakat Cina melihat aksi melambai-lambai keris seumpama ini sebagai bukti bahawa Pemuda Umno sanggup menggunakan kekerasan bagi mencapai matlamatnya.
Bermakna kedua-dua parti komponan BN yang mewakili kaum Cina, jelas menunjukkan sikap mereka, tidak senang dengan aksi Ketua Pemuda Umno itu.



50 tahun Merdeka, rupa-rupanya hubungan antara sesama komponan BN masih belum kukuh dan penuh dengan syak-wasangka. Ini mungkin isyarat terbaik bahwa sudah tiba masanya bagi rakyat Malaysia mebawa perubahan besar dengan menggantikan parti-parti yang sebegini rupa dari terus memerintah mereka dengan parti-parti lain yang lebih meyakinkan.

Bagi Umno pula, lain kali jika bercadang melakukan sesuatu aksi itu, pandang-pandanglah kawan-kawan sendiri dikeliling-kelalang.

No comments: