Thursday, October 04, 2007

Lebuhraya Pantai Timur akan dibina sehingga ke Kota Bharu

Bernama melaporkan yang Menteri Kerjaraya mengumumkan bahawa sebanyak RM610juta melalui RMK9 akan dibelanjakan bagi menaiktaraf jalan-jalan utama di Kelantan bagi mengatasi kesesakkan lalulintas. Samy Vellu mengumumkan perkara tersebut selepas mendengar taklimat di Jabatan Kerjaraya Kelantan di Kota Bharu. Turut serta adalah ahli EXCO Kerjaraya dan Infrastruktur negeri Mejar (B) Mohd Anizam Abdul Rahman.

Kata Samy mudah-mudahan melalui projek ini akan dapat mempertingkat pembangunan sosio ekonomi di negeri tersebut. Apabila ditanya pemberita tentang kerjasama yang diterima dari kerajaan negeri pimpinan PAS, Samy berkata kerjasama yang baik antara kerajaan persekutuan dan negeri telah memungkinkan banyak perkara dapat diatasi bagi melicinkan perlaksanaan projek-projek yang dirancangkan.

Samy turut memberitahu bahawa kerajaan juga bercadang meluaskan Lebuhraya Pantai Timur sehingga ke Kota Bharu (lebuhraya ini terbantut setakat Terengganu sahaja konon atas alasan sebelum ini bahawa Kelantan diperintah PAS)

Tahniah diucapkan kepada rakyat negeri Kelantan. Mudah-mudahan Kelantan akan terus makmur dan maju dengan mengekalkan kerajaan negeri yang sebegini rupa. Walaupun ditohmah dan diserang oleh pelbagai pihak tetapi terbukti profesional dan proaktif dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka demi kepentingan rakyat.
Nampaknya Menteri Pusat yang bukan Melayu lebih prihatin terhadap nasib dan kebajikan rakyat Kelantan dari Menteri-menteri Melayu.

No comments: