Thursday, September 21, 2006

Gaji semakin mengecil hidup semakin susah

Kos hidup rakyat semakin menghimpit sehingga sesak dan lemas nafas kita. Hakikat ini adalah suatu kenyataan yang menimpa semua kita, kerana itu sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar desakan dari pihak tertentu agar dinaikkan gaji bagi profesyion dan perkhidmatan tertentu bagi menampung kesemptian hidup ini.

Siang tadi saya difahamkan Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) menuntut kerjaaan agar menggubal undang-undang yang dapat menjamin hak pekerja terutama berhubung dengan gaji minima. Kerana rata-rata golongan pekerja ini tertekan dan tertindas hidup mereka.

Dan beberapa hari lepas kita mendengar Ketua Polis Negara yang baru juga menuntut agar gaji anggota polis disemak semula dan dinaikkan kerana ianya terlalu rendah dipasaran. Dan jika tidak silap saya, ahli-ahli dewan rakyat juga baru-baru ini menuntut agar gaji kakitangan kerajaan terutama yang diperingkat bawah segera dinaikkan.

Harga minyak naik 30 sen seliter, tarif letrik turut naik, harga barangan dan perkhidmatan juga naik.Bermakna siri-siri kenaikkan ini mengakibatkan kuasa beli kita semakin menguncup.

Terbaru kita dikejutkan pula dengan kenaikkan harga ayam sebanyak 65 sen sekilogram. Dan selepas ini entah apa lagi yang akan naik.

Saya masih ingat semasa pengumumman kenaikkan harga minyak dan bahan bakar dahulu, kerajaan kononnya menyeru agar rakyat mengubah cara hidup, membuat pindaan, penjimatan dan pemotongan dimana perlu demi berjimat-cermat bagi menghadapi kemelut ekonomi ini.

Rakyat suka ataupun tidak memang terpaksa menerima kenaikkan ini. Dan saya pasti hampir seluruh isi keluarga di Malaysia kecuali barangkali segelintir kecil yang memang tidak terjejas langsung hidup mereka (sehingga boleh bersanding sampai mencecah belanja berjuta RM) sudah pun membuat adjustment di sana-sini. Soalnya rakyat berjimat tetapi kerajaan bagaimana?

Apa yang dibimbangkan dalam keadaan ekonomi yang sebegini, adalah mereka yang tidak memiliki daya ketahan yang cukup. Mereka inilah yang seringkali singkat fikirannya dan terus terjebak dalam mencari jalan pintas iaitu samada bersubahat atau tercebur terus dalam aktiviti jenayah. Rasuah, curi, samun dan merompak adalah jalan pintas bagi mereka yang sudah putus asa dan tidak nampak jalan keluar.

Kita kini mendengar anggota keselamatan dan pertahanan pun terlibat dalam pecah rumah, samun dan rompakkan. Mungkinkah ini natijah dari kemelut ekonomi yang dihadapi?

Sepatutnya kerajaan perlu merobah keutamaannya. Kebajikan dan nasib rakyat perlu menjadi keutamaan dalam keadaan hidup rakyat yang sebegini. Kurangkanlah atau kalau boleh hentikan langsung perbelanjaan yang boleh ditangguh dan dihentikan. Apa gunanya bangunan malah kemudahan yang hebat-hebat kiranya rakyat kebanyakkan sekadar dapat melihat dari jauh keranan tak mampu menjamah atau menggunakannya.

Kita diberitahu baru-baru ini kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya telah diubahsuai dengan ciri-ciri keselamatan menelan belanja RM20 juta! Penghadang ataupun Anti Terrorist Ramp nya sahaja bernilai RM4 juta.

Bagi saya ini suatu pembaziran. Putrajaya itu sendiri sudah merupakan suatu kawasan eksklusif bukannya macam, Chow Kit atau Kg Medan atau Sentul. Kalau pun perlu sangat mengawal keselamatan PM tambah sahaja kekuatan pihak keselamatan tapi taklah sampai perlu berbelanja begitu besar sehingga berpuluh juta rnggit!

Sementara itu para buruh, mereka yang berpendapatan kecil sedang mencongak-congak mampu ke tak mampu nak beli seketul dua ayam bagi memberi makan anak-isteri masing-masing.

No comments: