Wednesday, August 04, 2004

Pengundi Kota Bharu perlu bertanggungjawab

Pada pilihanraya umum lalu sebahagian besar pengundi di Parlimen Kota Bharu, Kelantan telah memenangkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai ahli parlimen mereka. Zaid adalah seorang peguam dan Ketua UMNO bahagian Kota Bharu. Beliau dikenali sebagai seorang yang suka melakukan sesuatu yang kontroversial dan sering mengeluarkan kenyataan yang "ultra".
Zaid pernah mengheret kerjaan PAS Terengganu ke mahkamah kerana meluluskan Enekmen Jenayah Syariah Terengganu satu ketika dahulu. Dan kini yang terbaru dalam isu kontreversial Konsert Sure Heboh, Zaid turut tidak mahu ketinggalan. Di bawah disertakan petikan akhbar Utusan Malaysia yang memuatkan kenyataan Zaid. Zaid mempertikaikan tinndakan Majlis Fatwa dan Majlis Mufti dalam mengeluarkan fatwa dan pandangan yang menurut beliau seolah-olah membuat undang-undang baru (di luar Parlimen) sesuka hati.
Aduhai rakyat Kota Bharu, Negeri Serambi Mekah, yang banyak melahirkan ulamak dan Tok-tok Guru yang tersohor, apakah jenis wakil yang telah tuan-tuan pilih ini? Kalau yang diperkatakannya itu atas kapasiti sebagai wakil Parlimen Kota Bharu maka tuan-tuan yang mengangkat beliau turut terlibat sekali!
KUALA LUMPUR 3 Ogos - Kerajaan tidak sepatutnya membiarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Mufti-Mufti Malaysia membuat `undang-undang' sesuka hati kerana penggubalan perundangan negara tidak bersandarkan pandangan agama sebaliknya diputuskan di Parlimen seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Peguam Zaid Ibrahim berkata, Malaysia bukan sebuah negara teokratik dan kedua-dua badan agama itu mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan sistem sedia ada.

``Merujuk kepada fatwa pengharaman kuiz melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan isu hukum haram konsert Sure Heboh oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria.

``Saya dapati banyak kesilapan dalam cara dua badan ini membuat keputusan kerana Malaysia mempunyai undang-undang dan agensi penguatkuasaan yang cukup untuk menangani kedua-dua isu itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini sebagai mengulas keputusan pengharaman peraduan kuiz SMS oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan konsert Karnival Sure Heboh oleh Majlis Mufti-Mufti Malaysia.

Zaid yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, isu yang berkaitan dengan masyarakat awam tidak sewajarnya disentuh berdasarkan garis panduan agama dan kaum.

Beliau mendakwa, jika terdapat cubaan eksploitasi dan perjudian dalam peraduan melalui SMS maka undang-undang berkaitannya akan digubal di Parlimen sekiranya dasar awam memerlukan.

Dalam pada itu, beliau berkata, tidak ada badan yang berhak campur tangan dalam proses pentadbiran negara melainkan kerajaan.

Katanya, pihak pentadbir agama sewajarnya menggunakan kedudukannya yang dihormati untuk mendidik masyarakat dan bekerjasama dengan semua pihak meningkatkan nilai moral masyarakat.

No comments: