Walaubagaimanapun prestasi PAS dalam PRU lepas jelas
menunjukkan video jahat berkenaan sedikit
pun tidak menjejaskannya.
Sebagaimana kontroversi siapa yang mengarahakan membunuh
Altantuya masih tidak terjawab sehingga hari ini, begitu juga siapa yang
ampunya kerja sehingga tergamak mengedarkan video berkenaan masih menjadi
tanda-tanya sehingga hari ini.
Saya pasti kiranya diketahui bukan sahaja Mustaffa malah ahli-ahli
PAS rata-rata akan bertindak ke atas individu yang tidak bertanggungjawab itu.
Agak-agaknya apakah agenda penyibarnya dulu?
Sebagaimana saya sebut di atas sudah pasti untuk mengaibkan
Mustafa selain PAS sendiri.
Tetapi mugkinkah lebih dari itu? Mungkinkah agenda
sipenjahat itu termasuk mahu sabotaj Presiden PAS? Kepimpinan Ulamak PAS?
Dirancang begitu halus sekali guna untuk merobah dan mengambil-alih kepimpinan
PAS?
Mungkinkah?
Seribu satu persoalan seperti itu bermain di kepala saya apabila
saya menerima posting facebook Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Fadhli
Ibrahim di:
Ianya menyebut di bawah tajuk “ Cikgu Pa di pornografi oleh
kumpulan AJK Pas Pusat sendiri” antara lain:
Kenyataan Cikgu Pa semalam sangat mengembirakan saya kerana
sudah agak sekian lama saya tidak melihat jati diri PAS mempertahankan dasarnya
apabila diserang oleh rakat Pakatan Rakyat. Rasa hina apabila pemimpin
tertinggi parti bukan sahaja tidak mempertahankan parti sendiri, bahkan mempertahankan
parti lain dan menghentam Presiden sendiri. Hari ini saya lihat Cikgu Pa
bangkit mempertahankan Tuan Guru Presiden. Syabas!!!
Tetapi, saya turut menyimpan kebimbangan kalau Cikgu Pa melakukan U-Turn sebagaimana sebelum ini, justeru golongan PASMAisme ini mungkin mengugut beliau dengan video porno. Saya mempunyai maklumat tentang video tersebut, dan saya tahu Cikgu Pa tidak bersalah, sebagaimana tidak bersalahnya Ustaz Azhar Idrus.
Tetapi apa yang membimbangkan saya ialah, video jahat itu dimainkan semula oleh golongan PASMAisme justeru orang yang terlibat di dalam kumpulan penyebaran ini adalah dikalangan AJK PAS Pusat sendiri, pemimpin kanan dan berada di dalam Dewan Harian PAS Pusat. Sebab itu saya menggesa supaya 'pemimpin khianat' letak jawatan secara terhormat atau tampil menyatakan sebab yang jelas kenapa beliau sanggup melibatkan diri di dalam kumpulan yang menyebarkan video porno Cikgu Pa.
Jika tindakannya menyebarkan video porno tersebut bermoral
dan mempunyai sebab yang kukuh, bertepatan dengan syarak, maka tangan ini akan
pangkah dan kempen beliau sebagai Naib Presiden di dalam muktamar akan datang.
Jika tidak, tangan ini juga akan gerakkan kempen sehingga pengkhianat ini
tersungkur dan rebah.
Benarkah ada pemimpin kanan PAS yang terlibat sebagaimana
didakwa Ustaz Fadhli?
Ustaz Fadhli bertanggungjawab terbit dengan bukti-bukti
jelas memperakui dakwaan ini, jika tidak ianya satu fitnah yang jahat. Tetapi
saya yakin Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang itu punya bukti, dan saya yakin
ianya akan segera terdedah.
Jika adalah walau sekelumit mana bukti yang menunjukkan
pembabitan pemimpin kanan PAS itu, saya kira ianya lebih jahat dan hodoh dan
tidak layak pelakunya bukan sahaja duduk sebagai pemimpin malah menjadi ahli
PAS. Apalagi jika dia memiliki agenda sebagaimana dibayangkan di atas.
Saya percaya diperingkat ini pendedahan Ustaz Fadhli sudah “viral”
ke setiap pelusuk Negara dan kalangan ahli dan . Lantas sekarang kita menunggu
penejelasan selanjutnya.
Jangan senyapkan atau sapu bawah tikar perkara ini!
1 comment:
Ini merupakan satu pembongkaran yang serious. Disebabkan Ustaz Fadzli telah menimbulkan isu ini, telah menjadi tanggungjawab beliau untuk menunjukkan siapa petualang yang tidak bermaruah malah tidak beriman yang sanggup memfitnah dan mengaibkan saudara seIslam apatah lagi seorang pejuang Islam. Jika tidak Ustaz Fadzl juga boleh dikira seorang yang bersubahat dengan pelaku kerana enggan menunjukkan perlaku sebenar dan berlaku zalim kepada mangsa yang difitnah...
Post a Comment