PAS parti yang memperjuangkan Islam. Bagi mencapai matlamat
perjuangan itu PAS lengkap dengan disiplin dan sistem pentarbiyahan yang
menyediakan ahli-ahlinya ke arah berjuang bagi mencapai cita-cita demikian.
PAS bukan parti sorak dan angguk, parti populis, parti ikut
rentak agenda individu atau kelompok tertentu. PAS bukan juga parti yang
menghalakan cara demi mengejar matlamat perjuangan.
PAS berjuang mengharapkan kemenangan dunia dan akhirat
sesuatu yang tidak ada dalam agenda mana-mana parti, kerana itu PAS sangat
berbeza dengan badan siasah dan parti-parti lain.
Contohnya ketaatan PAS terhadap pemimpin sebagaimana diajar
oleh Islam adalah selagi mana pemimpin tadi tidak membawa ke arah kemaksiatan
dan kejahatan, namun selagi ia benar dan membawa ke arah kebenaran wajar
pemimpin tadi diberikan ketaatan.
Kerana itu juga pemimpin lain tidak bercakap tentang dosa
dan pahala, syurga dan neraka, isitlah dan ungkapan ini hanya terbit dari hujah
dan kata-kata pemimpin yang memperjuangkan Islam, iaitu PAS.
MB Kelantan contohnya Datuk Ahmad Yakob pernah ditanya
pemberita mengapa beliau tidak menerima jawatan MB ini sebelumnya, jawab beliau
kerana beliau takut memikul dosa. Tuan Guru Hj Abd Hadi dalam ucapan
penangguhannya ketika Muktamar PAS yang lalu berkata:
“Saya tidak bersedia nak membawa ahli-ahli PAS ini ke neraka
jahanam…….”
Demikianlah betapa jauh bezanya antara PAS dengan yang
lain-lain.
Saya menyatakan ini semua kerana sangat terkilan apabila
membaca laporan akhbar Sinar harian hari ini bawah tajuk :
Cadang Abdul Hadi tidak dicalonkan semulaTerkilan kerana cadangan ini bukan datang dari orang lain, tetapi datang dari seorang yang mendakwa dirinya bekas EXCO Pemuda PAS Pusat.
Cadangan itu kononnya kerana:
1. Abdul Hadi lebih
layak menggantikan Tok Guru Nik Aziz (yang uzur) sebagai Mursyidul Am
2. Memegang jawatan Presiden dan duduk dalam Majlis Syura
(badan uyang lebih tinggi) akan mengakibatkan pertindihan kepentingan dalam
menjalankan tugas
Kita menghormati kebebasan bersuara, siapa sahaja boleh
bercakap apa sahaja sesuaka hati dan nafsunya. Tetapi bagi orang-orang PAS,
kerana menerima perjuangan PAS, ia tidak berkata selain yang diajar dan dituntut
Islam. Mungkin yang berkata itu belum sempat kenal PAS semasak-masaknya PAS namun
berbangga dengan jawatan bekas EXCO Pemuda PAS Pusat.Untuk pengetahuan beliau (yang pernah duduk tinggi dalam PAS itu) ahli-ahli biasa PAS yang duduk dalam hiraki yang paling bawah dalam parti, yang merupakan penoreh getah, pekerja sawah, buruh, nelayan, mereka ini merupakan kekuatan akar umbi PAS, mereka masuk dan terus berkorban harta benda untuk perjuangan PAS ini bukan kerana orang seperti beliau (yang pernah sekejap menjadi EXCO Pemuda Pusat) tetapi kerana kepimpinan ulamak, tokoh-tokoh seperti Tok Guru Nik Abd Aziz dan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.
Ilmu dan keperibadian seta akhlak pemimpin-pemimpin ini jauh
lebih mahal dari agenda dan nafsu politik peribadi orang-orang tertentu.
Apabila pemimpin-pemimpin ini mengangkat tangan bedoa contohnya, mereka berebut-rebut
mahu mengaminkan doa itu kerana yakin keberkatan yang terpancar dari
tokoh-tokoh ini lantaran ilmu dan perwatakan mereka.
Kerana itu sehingga hari ini ramai di luar sana tidak faham
dan mengerti halehwal urusan dalam PAS, dan barangkali adalah segelintir dalam
PAS seperti bekas EXCO Pemuda ini.
Kerana itu juga As Syahid Syeikh Ahmad Yassin, walaupun
uzur, berkerusi roda, namun terus dijulang sebagai pemimpin Gerakan Islam di
Palestin.
Tiba-tiba bangkit cadangan agar Abdul Hadi tidak dicalonkan,
betapa tidak saya dan saya percaya ramai di luar sana terkilan dengan cadangan
itu.
Disaat dan ketika yang penuh dugaan dan mencabar inilah
sesungguhnya PAS perlu dan mengharapkan sangat akan kepimpinan dan
kebijaksanaan kepimpinan ulamak dalam memimpin jemaah menghadapi gelombang dan
arus tribulasi ini, bukan dengan menaikkan mereka yang tidak ada persediaan apa
lagi jauh dari ilmu dan disiplin Islam.
Di akhir ucapan penggulungannya dalam muktmar yang lalu
(ahli-ahli PAS diajar mengambil panduan dan iktibar dari ucapan penting ini)
Tuan Guru Presiden PAS berkata:
“Percayalah masa depan masih ada untuk Islam. Bersabarlah,
tutuplah muktamar yang hangat ini dengan menghayati firman Allah swt (surah ali
Imran ayat 200) ….Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu menghadapi
diri kamu dan dalaman kamu sendiri, dan bersabarlah kamu menghadapi musuh yang
mengelilingi kamu, dan bertugaslah kamu di tempat masing-masing. Bertakwa kepada
Allah supaya kamu mendapat kemenangan.”
Tuan Guru Hj Abd Hadi masih relevan dan diperlukan sebagai
pemimpin nombor satu dan Presiden PAS. Urusan melantik Mursyidul Am bukan
urusan ahli-ahli PAS tetapi tugas jelas dalam Perlembagaan PAS diberikan kepada
mereka yang tertentu iaitu Fasal 8 (6) Perlembagaan PAS:“Seorang Ketua Majlis Syura 'Ulamak yang dikenali sebagai Mursyidul 'Am dan seorang Timbalannya yang dikenali sebagai Timbalan Mursyidul 'Am hendaklah dipilih di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak tersebut dari kalangan ahli-ahlinya dan akan memegang jawatan itu selama lima tahun dengan syarat dia boleh berhenti sebelum cukup tempoh tersebut dan boleh diberhentikan dengan persetujuan dua pertiga daripada ahli-ahli Majlis Syura 'Ulamak itu dan boleh diperbaharui perlantikannya setelah tamat tempoh dia memegang jawatan itu.”
Biarlah kita jadi ahli PAS yang melalui aturan tarbiyah,
akur kepada adab dan disiplin jemaah serta faham Perlembagaan, jangan jadi yang
pegang jawatan tinggi tetapi longgar dan kosong yang disenarikan tadi.
No comments:
Post a Comment