Saya secara peribadi masih berpegang dan percaya pada
kenyataan itu.
Masyarakat yang diberikan hak kebebasan bersuara secara “total”
atau mutlak bagi saya itulah sebenarnya satu masyarakat persis zaman kuno yang
tiada tamadun dan peradaban. Kerana apa? Kerana dalam masyarakat sedemikian
ketenteraman dan kesejahteraan awam tidak penting. Sensitiviti masyarakat,
kepercayaan dan anutan mereka tiada nilai. Yang penting semua boleh bersuara
berkata apa sahaja yang mereka inginkan walaupun ia kelak mencetuskan
ketegangan, biarlah asalakan bebas.
Dalam masyarakat begitu, agama tidak boleh wujud, mengapa?
Kerana peraturan dan disiplin agama nanti dilihat mengancam kebebasan itu. Maka
yang sesuai dalam masyarakat yang sedemikian adalah satu masyarakat yang bebas
dari agama.
Insiden di Kota Paris yang melibatkan akhbar yang menganut
fahaman kebebasan bersuara dan beberapa warga Paris yang dikatakan pengganas
adalah sesuatu yang sangat malang dan tidak sepatutnya berlaku.
Tiada mana pihak yang akan menyokong tindakan pengganas yang
mengorbankan 17 nyawa termasuk nyawa mereka dalam insiden itu. Walau marah dan
tidak berpuas-hati cara mana sekalipun, mengambil nyawa insan lain dengan cara
demikian adalah salah.
Namun dalam waktu yang sama tindakan provokasi atas nama
kebebasan bersuara sebagaimana dilakukan oleh akhbar Charlie Hebdo itu juga
sesuatu yang silap.
Pagi tadi ketika mengikut berita CNN saya sempat mengikuti
kenyataan Pope Francis yang dalam lawatan ke Filipina berkenaan insiden ini.
Berikut apa yang telah dipetik oleh pihak media:
Pope Francis said free speech had its limits, particularly
when it comes to religion. “You cannot make fun of the faith of others,”
(Pope Francis berkata kebebasan bersuara punya batasan,
terutamanya dalam bab agama. “Sesorang tidak boleh mempersenda kepercayaan
pihak lain,”)
Charlie Hebdo telah mempersenda dan merendah-rendahkan
Rasulullah saw dan agama Islam. Ternyata tindakan itu bukan hanya dikesali oleh
penganut Islam tetapi pemimpin Katolik nombor satu dunia, iaitu Pope turut
kesal dengan tindakan itu. Dan malah ternyata melalui kenyataan beliau itu
kebebasan bersuara sewajarnya punya had dan tidak dibiarkan bebas sesuka hati.
Kita tidak pula menyokong tindakan pengganas yang bertindak
membunuh 17 orang di pejabat Charlie Hebdo itu, tetapi dari satu sudut ia
seakan suatu tindakan provokasi yang senagaja mengundang malang.
Dan Pope juga kelihatan bersetuju apabila dipetik seperti
berikut:
But when asked by a French journalist about the relationship
between religion and free speech, Francis said:
(Apabila ditanya oleh seorang wartawan Perancis berkenaan
hubungan antara agama dan kebebasan bersuara Francis berkata: )
It’s true that we can’t react violently, but, for example if
Dr. Gasbarri here, a great friend of mine, says a curse word against my mother,
then a punch awaits him. It’s normal. You cannot provoke. You cannot insult the
faith of others. You cannot make fun of the faith of others.
(Benar kita tidak boleh bertindak ganas, tetapi, contohnya
jika Dr Gasbarri ini ( Dr Gasbarri ketika itu berdiri di sebelah Pope) kawan
baik saya, mengeluarkan kata-kata menghina ibu saya, saya akan tumbuk beliau.
Ia normal. Anda tidak boleh mencetuskan provokasi. Anda tidak boleh menghina
kepercayaan orang lain. Anda tidak boleh mempersenda anutan orang lain)
Saya difahamkan pihak Vatican kemudiannya mengeluarkan
kenyataan melunakkan sedikit pandangan dan kenyataan Pope itu.
Video di atas boleh ditonton di:Dan Allah swt telah berfirman di dalam al Quran (al An’aam: 108) maksudnya:
Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang
lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui
batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada
pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan
merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang
mereka telah lakukan.
No comments:
Post a Comment