Beliau mencadangkan agar kedua-dua pihak bertemu untuk
mencari jalan penyelesaian.
Lim Guan Eng telah membuat suatu tuduhan serius secara
terbuka. Menghina kedua-dua Presiden dan Setiausaha Agung PAS dengan menganggap
mereka “dishonest” berhubung isu Pilihanraya PBT yang mahu diperkenalkan di
Pulau Pinang.
Siapa pun yang waras boleh nampak bahawa ini bukan isu
peribadi. Ia sesuatu yang formal dan diucapkan secara terbuka oleh seorang
pemimpin tertinggi parti.
Khalid sedikit pun tidak berasa tersinggung apabila Presiden
partinya sendiri dipanggil “dishonest” secara terbuka oleh pemimpin tertinggi
parti lain. Dan beliau menganggap isu ini isu peribadi.
Demikianlah betapa terbuka dan moderatnya MP Shah Alam itu
yang juga AJK PAS Pusat.
Sepatutnya beliau bangkit mempertahankan Presidennya dan
meminta Guan Eng memberikan kenyataan kerana Guan Eng bukannya berbisik dalam
kelambu tetapi membuat pernyataan terbuka atas kapasiti Setiausaha Agung DAP
dan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Barangkali MP Shah Alam inilah agaknya ada masalah peribadi
dengan Presidennya sehingga orang lain bangkit mempertahankan Presiden, beliau pula
sebaliknya.
1 comment:
K.S. ini akan ditunjukkan jln keluar oleh para perwakilan di muktamar nanti. InsyaAllah.
Post a Comment