Sebagai pemimpin nombor satu DAP sudah pastilah sebarang
sikap dan pendirian parti berkenaan berkait-rapat dengan tingkah-laku dan
kehendaknya.
Bila kita belek-belek dan menyingkap situasi dan isu-isu
yang berlaku dan tercetus sebelum ini yang melibatkan beliau ternyata gelaran “Mr
Arrogant” itu sesungguhnya tidak lari dari beliau. Dan kelmarin gelaran “mulut
celupar” turut diberikan kepada beliau.
Semasa krisis MB Selangor, Lim ke hadapan dalam menyerang
dan menyelar sikap dan pendirian PAS secara terbuka. PAS sebagai parti komponan
dalam PR sepatutnya punya hak bersuara dan memberi pandangan, tetapi tidak bagi
Lim, semua parti mesti akur dan setuju.
Apabila PAS punya sikap berbeza terus Lim mendakwa bahawa
PAS cenderung pada Umno dan malah semasa krisis itu hangat terbakar Lim
mencemuh sikap EXCO-EXCO PAS yang kekal dalam kabinet Tan Sri Khalid sehingga
ada pimpinan bawah dagunya yang mendesak pimpinan PAS itu dipecat.
Semasa krisis MB Selangor juga ketika AJK PAS Pusat yang
juga ahli Parlimen Temerloh Ustaz Nasaruddin Hassan membuat perbandingan antara
projek yang dilulus di Selangir dan di Pulau Pinang, Lim melenting, bukannya
mengambil masa memberikan penjelasan, sebaliknya bertindak menyaman ahli
parlimen berkenaan.
Dalam peringkat pimpinan tertinggi pun Lim tidak henti-henti
memburukkan Presiden PAS kerana kononnya enggan menghadiri Mesyuarat tertinggi
pimpinan PR dan sekadar hantar wakil.
Dalam isu Hudud di Kelantan Lim lah antara yang paling vokal
menentang dan mengancam PAS. Dan dalam kes Pilihanraya PBT di Pulau Pinang
tanpa berfikir panjang Lim melompat mendakwa bahwa Presiden dan Setiausaha
Agung PAS sebagai “dishonest” atau tidak jujur.
Terbaru adalah laporan dalam akhbar tempatan berbahasa Cina Sin
Chew Daily bertarikh 27 Januari 2015 ini. Lim dipetik sebagai berkata
(terjemahan):
Bebas rasuah itu penting, tetapi lebih penting ialah boleh
buat kerja. Kalau tidak mampu buat kerja, apa kamu dapat? Bila banjir besar
berlaku, kamu lihat. Saya cakap terus-terang, saya tak perlu rasa segan. Masa
banjir, kerajaan Kelantan macam mana? Macam tak ada kerajaan! Kenapa? Kerana
tidak boleh buat kerja! Jadi bebas rasuah (sahaja tidak cukup), kena boleh buat
kerja. Jika tidak boleh buat kerja, lebih baik jangan jadi kerajaan.
“Mr Arrogant” tanpa segan-silu menuduh kerajaan PAS Kelantan
pimpinan Ustaz Dato Ahmad Yakob yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat sebagai
sebuah kerajaan yang “tidak boleh buat kerja”. Tidakkah biadab bunyi kenyataan
ini?
Dalam rakyat Kelantan bangkit membina semula negeri
berkenaan setelah ditimpa bencana, seorang pemimpin negeri lain senang-senang
menghina dan merendahkan sebuah kerajaan negeri yang lain dengan mendakwa ia
tidak tahu bekerja.
Apa masalah Lim sehingga tergamak mengeluarkan kenyataan
sedemikian?
Adakah begini cara kita melayan rakan kita tambah-tambah
apabila ditimpa musibah seumpama ini?
Saya percaya rakyat Kelantan yang lebih mengenali MB dan
kerajaan negeri mereka akan kecewa dan kesal dengan kenyataan biadap dan “celupar”
Lim Guan Eng itu. Ketua Pemuda PAS Kelantan Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dalam mengulas kenyataan Lim itu
menyebut:
Ya, kelemahan tidak dapat dinafikan kerana banjir ini
berlaku di luar jangka. Saya tidak menyatakan kerajaan Kelantan sempurna dan
suci dari kelemahan namun menyebut “macam tiada kerajaan” ialah satu tuduhan
yang sangat melampau. Ia adalah satu penghinaan kepada kerajaan Kelantan yang
turut berada bersama di dalam Pakatan Rakyat.
Saya kira Yang Amat Berhormat bolehlah menarik balik
kenyataan tersebut jika ia benar sebagaimana yang dilaporkan. Degilnya Yang
Amat Berhormat atas kenyataan ini, demikianlah akan tebalnya ingatan kami
terhadap kecaman Yang Amat Berhormat.
Oleh itu saya sedikit pun tidak terkejut apabila Setiausaha
Agung PAS Dato Mustafa Ali melabel Lim sebagai “celupar mulut” dan memang
layaklah gelaran “Mr Arrogant” itu lekat pada namanya.
Jika beginilah sikap pemimpin tertinggi DAP terhadap PAS,
tidak mustahil ahli-ahli PAS nanti akan memberi rekasi negatif dan layanan
hambar kepada beliau dan parti beliau.
Kerana mulut badan binasa!
2 comments:
1.cocky & arrogant tokong (cat).
tokong ni melambangkan kebaikan & disembah juga dipuja tapi bila ditambah dgn cocky & arrogant adakah tokong ni baik? apa nama tokong yg buat kerja2 kemungkaran? juga disembah & dipuja?
2. puak ni (kecuali balaci2) tak mau terima anugerah/gelaran dato, dato seri & sebagainya tapi ketua menteri p. pinang kena disebut atau ditulis yab tuan......gelaran tuan siapa bagi?
3. sepatutnya pengerusi dap negeri yg jadi ketua menteri & bukan s/u agong. dia kena balik melaka.
masalahnya, PAS masih lagi mengharapkan kasih sayang dari DAP. Cara PAS menjawab hinaan Mr Arrogant masih lagi berlembut dan berlapik. Sampai bila?
Post a Comment