Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim telah meluluskan
Enakmen Pilihanraya PBT atau Local Government Elections (Penang Island and
Province Wellesley) Enactment 2012 pada 9 Mei 2012 Enakmen berkenaan digazetkan
pada 5 Julai tahun yang sama. Walaubagaimanapun Mahkamah Persekutuan pada 14
Ogos 2014 memutuskan bahawa Enakmen berkenaan terbatal oleh kerana ianya
bertentangan dengan Undang-undang Persekutuan iaitu Seksyen 15 Akta Kerajaan
Tempatan yang tidak membenarkan pilihanraya PBT.
PAS mendakwa bahawa Lim tidak pernah berbincang dan mendapat
restu Pakatan Rakyat dalam usahanya ,memperkenalkan enakmen berkenaan (walaupun
ianya kemudiannya telah dibatalkan oleh mahkamah). Ini bagi membidas DAP yang
mendakwa PAS tidak pernah mendapat kelulusan yang sama dari Pakatan Rakyat
dalam isu perlaksanaan Hudud di Kealntan.
Lim dalam reaksinya dengan bingkas menuduh sebagaimana
dilaporkan TMI pada 25 Januari baru-baru ini:
(Lim, who is Penang chief minister, said) he had called both
Hadi and PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali before Penang began pushing
for the implementation of the “third vote” through the courts.
(Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata bahawa
beliau telah memanggil kedua-dua Hadi dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa
Ali sebelum Pulau Pinang membawa perlaksanaan “undi ketiga” (Pilihanraya PBT)
melalui mahkamah.
Yang lebih kritikal lagi, Lim dengan mudah mendakwa:
“I am shocked that both leaders have failed to mention this,
which I think is dishonest,”
(Saya terperanjat apabila kedua-dua pemimpin ini gagal
menyebut hal ini (Pilihanraya PBT Pulau Pinang), ini pada saya sesuatu yang
tidak jujur (penipuan)
DAP yang sepatutnya merupakan kawan, telah melabel pemimpin
nombor satu PAS dan Setiausaha Agungnya sebagai “dishonest” atau tidak jujur,
tidak amanah, pendusta dan berbagai lagi isitlah Melayu yang membawa maksud
yang sama.Apa yang sebenarnya berlaku, hanya Lim, Hadi dan Mustafa yang tahu.
Hari ini Setiausaha Agung PAS dilaporkan oleh Sinar Harian
online sebagai berkata:
"Saya minta Gua Eng bersemuka dengan saya, debat atau
sebagainya, ikut dia, saya cabar bersemuka secara terbuka biar dia bagi versi
dia dan saya juga (menjawab) biar umum menilai sama ada bohong atau
tidak,"
TMI pula melaporkan Mustafa dalam hal yang sama berkata:
"Saya akui memang Lim menelefon saya berkait dengan
pilihan raya PBT tetapi selepas enakmen itu diluluskan oleh Dewan Undangan
Negeri (DUN) Pulau Pinang," kata Mustafa. "Jadi dia telefon saya,
jika ada media yang meminta komen mengenainya, tolong komen yang positiflah.”
Saya jawab, "Insya Allah.”Walaupun saya orang PAS tetapi tak perlu untuk tunjukkan kecenderungan, orang cerdik yang tidak berparti pun boleh lihat betapa hakikatnya berdasarkan maklumat di atas ternyata PAS ataupun Pakatan Rakyat memang tidak pernah dibawa berbincang apalagi memberi restu dalam isu Pilihanraya PBT ini.
Malah kalau ikut laporan TMI seperti di bawah, Lim tidak pun
memaklumkan wakil tunggal PAS dalam DUN, YB Datuk Salleh Man.
Mustafa berkata, kali pertama beliau diberitahu tentang
enakmen ini oleh wakil tunggal PAS dalam DUN Pulau Pinang, iaitu Datuk Salleh
Man, lebih awal daripada Lim. “Dia telefon ketika DUN Pulau Pinang sedang
bersidang dan memaklumkan ada satu enakmen yang akan dibentangkan dalam DUN dan
diminta bercakap mengenainya. "Dia bertanya, adakah ia sudah diluluskan di
peringkat pusat dan saya berkata, tidak ada sebarang 'endorsement' daripada
peringkat pusat.
Siapakah yang “dishonest” tidak jujur atau berbohong dalam
hal ini?
Dalam kenyataannya seperti dilaporkan TMI di atas sendiri
kita boleh lihat dan faham:
(Lim, who is Penang chief minister, said) he had called both
Hadi and PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali before Penang began pushing
for the implementation of the “third vote” through the courts.
“Called” di sini bagi sesiapa pun
yang siuman akan bermaksud “membuat panggilan (telefon)”. Isu besar yang tidak
pernah mendapat restu parti-parti komponan PR mahu di “bulldoze” dengan “call”?
Tidakkah sewajarnya bagi seorang pemimpin yang bijak seperti Lim, membawa
bincang dengan rakan-rakannya secara formal diperingklat PR.
Berbeza dengan Hudud yang mahu
dilaksanakan di Kelantan tetapi ditentang Lim. Hudud diluluskan oleh Dewan Negeri Kelantan dan
diperkenankan oleh Tuanku Sultan sebelum pun Pakatan Rakyat wujud. Ianya sebahagian
dari tuntutan perjuangan PAS sejak ia ditubuhkan sebelum Merdeka lagi. Ia tidak
pernah dibatalkan oleh Mahkamah dan PAS pernah membuat roadshow, berdailog dan
berbincang dengan NGO dan partri-parti politik termasuk DAP sebelum daripada ini.
Berbalik kepada isu ini, janganlah
cepat melenting dan menuduh buruk-buruk terhadap kawan sendiri. Jangan kerana punya
agenda mahu menjatuhkan orang tertentu dalam PAS maka mana sahaja ada ruang dan
kesempatan akan digunakan untuk memburuk-burukkan.Kini ternyata siapa yang celupar dan siapa yang pembohong.
1 comment:
aku percaya utz hadi
Post a Comment