Akhirnya MB Selangor ketika itu mengeluarkan arahan agar
dilaksanakan “self regulatory” atau kawalan sendiri, sesuatu yang kabur
sehingga hari ini.
Di Kelantan sejak 1990 kerajaan negeri hanya mengeluarkan
lesen premis menjual arak pada restoran atau kedai makan bukan Islam yang
menjual makanan tidak halal. Arak tadi hanya dibenar dijual kepada pelanggan
bukan Islam.
Hari ini saya terbaca dalam akhbar The Star, di Singapura
dibentangkan Rang Undang-undang Kawalan Arak (Bekalan dan Penggunaan) di
Parlimen Republik berkenaan. Rang undang-undang berkenaan mencadangkan agar
semua aktiviti meminum arak di tempat-tempat awam akan diharamkan dari jam
10.30 malam hingga 7 pagi.
Tujuan pembentangan rang undang-undang ini adalah bagi mengelakkan
kejadian tidak diingini seumpama insiden rusuhan yang melibatkan
pekerja-pekerja asing di Negara berkenaan akibat mabuk dan merusuh tidak berapa
lama dahulu.
Ianya juga berdasarkan maklum balas masyarakat tempatan yang
mahukan Singapura menjadi sebuah Negara yang aman dan baik untuk bekerja dan
beriadah. Tiada lagi pergaduhan dan huru-hara apabila ada yang mabuk dan
bergaduh di tempat-tempat awam.
Ringkasnya Singapura mengambil tindakan demikian kerana
tenyata arak ini lebih banyak mudarat dari manfaatnya. Negara yang aman boleh
menjadi porak-peranda lantaran akibat meminum arak khasnya di tempat-tempat
awam dan Singapura bukan sebuah Negara Islam.
Tidak pula ada yang menyuarakan bahawa langkah kerajaan
Singapura itu seakan menyekat hak masyarakat bukan Islam yang merupakan majoriti
di Negara berkenaan. Apa agaknya pandangan parti-parti politik di Malaysia yang
lantang menentang tindakan Kelantan dan di Selangor satu ketika dahulu?
Semoga apa yang berlaku di Singapura menjadi iktibar buat
kita semua, melihat ancaman arak itu sebagai satu mudarat yang merugikan
masyarakat dan Negara, lalu lebih baik dikawal seumpama di Kelantan, malah
diharam sahaja di kawasan penduduk majoriti Islam.
No comments:
Post a Comment