Sudah pastilah Kelantan merupakan kebangaan ahli-ahli dan pendukung PAS seluruh Negara. Kemampuan PAS untuk terus kekal memerintah negeri ini di bawah slogan “Membangun Bersama Islam” terus-menerus menjadi bualan dan perbahasan rakyat jelata dimana-mana.
PAS kekal memerintah Kelantan lantaran ciri-ciri khas yang ada pada darah-daging rakyat Kelantan sendiri yang zaman-berzaman cenderung dan tunduk menerima Islam. Apa sahaja yang berkaitan dengan Islam dijunjung dan disanjung rakyat Kelantan.
Malah Kelantan zaman-berzaman merupakan gedung ilmu Islam, lantas itu ianya dilabel Negeri Serambi Mekah dan hakikat ini diterima oleh kawan dan lawan.
Sejak 1990 rakyat Kelantan telah mencatat rekod dengan menobatkan
seorang ulamak bertaraf Tok Guru sebagai Menteri Besarnya dan tradisi ini terus
kekal selepas PRU lalu apabila berlaku peralihan kuasa dengan berundurnya Tok
Guru Nik Abd Aziz dan naiknya Ustaz Ahmad Yakub yang juga seorang ulamak
sebagai MB.
Kelantan merupakan negeri pertama di Malaysia yang
meluluskan Undang-undang Hudud, yang rata-rata diterima tanpa bangkangan dalam
Dewan Undangn Negeri dan berterusan PAS menerima mandat rakyat negeri
menujukkan undang-undang ini turut direstui rakyat jelatanya.Program dan dasar Islam dilaksanakan dan diterima dengan senang hati oleh rakyatnya termasuklah masyarakat minoriti bukan Islam.
Ahli-ahli dan pendukung PAS terus memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada kerajaan negeri, malah tidak keterlaluan dikatakan bahawa Kelantan merupakan model negeri Islam yang dicita-cita dan diperjuangkan oleh rakyat Islam di Negara ini, ia bukan lagi satu impian.
Mustahil ada ahli PAS yang enggan membantu kerajaan negeri.
Mustahil ada ahli PAS yang mahu mencetus onar menghilangkan keyakinan rakyat
terhadap kerajaan negeri. Mustahil ada ahli PAS yang bercita-cita mahu
menegakkan kerajaan dalam kerajaan.
Saya menyatakan ini kerana ahli-ahli PAS dari atas sampai
bawah, dari pemimpin sampai ahli biasa, semuanya sepatutnya merupakan pejuang
Islam. Para pejuang Islam sokong-menyokong dan kuat-menguatkan antara satu sama
lain. Mereka tidak tikam-menikam, mereka tidak “cah keting” kerana
tindak-tanduk dan perjalanan mereka diikat oleh disiplin dan adab berjemaah
sebagaimana diajar oleh junjungan mereka Rasulullah saw dan para sahabat.
Ahli-ahli PAS melayari bahtera perjuangan dalam satu
bahtera. Mereka taat pada satu nakhoda. Mereka sentiasa berunding, berbincang
bermesyuwarah dan tidak sekali-kali lantaran tidak kepuasan hati, akan menebuk
bahtera tadi kerana kehausan air atau tidak senang dengan orang di atas.
Atas ketaatan dan kekuatan inilah Islam boleh menguasai
dunia, atas kekuatan inilah Islam dapat bertahan atas muka bumi ini sehingga
dewasa ini kerana para pejuang Islam mengharapkan sesuatu yang tidak diharapkan
oleh mana-mana pejuang pun di atas dunia ini.
Walaubagaimanapun apa yang berlaku di Kota Bharu semalam,
membangktikan kerisauan, sudah adakah apa yang kita “mustahil” kan di atas
dalam PAS hari ini?
Sebagai pencinta PAS saya tidak boleh disalahkan kalau
membangkitkan kerisauan ini.
Sepatutnya kerajaan Kelantan yang sedang bertungkus-lumus
menguruskan pembangunan semula negeri berkenaan yang teruk dilanda banjir
baru-baru ini dibantu, lebih-lebih lagi oleh orang-orang PAS sendiri. Setakat
ini saya tidak keterlaluan jika mengatakan tidak ada seorang pun ahli PAS yang
terlepas dalam membantu nestapa di Kelantan dan di beberapa negeri Pantai Timur
yang lain, itu tanggungjawab.
Bantuan wajar disalurkan terus kepada yang menguruskannya
dalam hal Kelantan sepatutnya terus ke kerajaan negeri. Sokonglah, bentuklah
apa badan, NGO sekalipun tetapi akhirnya inisiatif yang diambil perlulah jatuh
terus ke tangan kerajaan negeri, tambahan pula jika kita ini ahli PAS.
Tetapi apabila ada pemimpin PAS, ada penggerak PAS terlibat
dalam usaha berasingan mahu menjuarai bantuan kepada rakyat, keluar dari
saluran sepatutnya. Katalah apa pun tidakkah ini menggambarkan seakan ada
saingan, seakan mahu membelakangkan dan melekehkan usaha negeri dan sebaliknya mahu
jadi juara sendiri.
NGO yang bukan politik bolehlah ia bebas ikut kehendak dan
kemahuannya, tetapi apabila NGO itu penggeraknya orang-orang PAS, sewajarnya ia
membantu dengan menyalurkan apa sahaja bantuan dan sokongan kepada kerajaan
yang dipimpin parti. Apabila ia pula mahu jadi juara, sah ia sesungguhnya punya
agenda peribadi dan dalam hal PAS tidak lagi akur dan tunduk pada disiplin dan
adab berjemaah.
Pelancaran Gabungan Impian Kelantan kononnya oleh 39 NGO dan
orang perseorangan di Kota Bharu semalam bagi saya sungguh mengecewakan.
Rata-rata pihak media melaporkan bahawa kerajaan Negeri Kelantan tidak diundang.
Tetapi yang mengepalai gabungan ini adalah pemimpin PAS belaka. Dato Husam Musa,
Naib Presiden PAS dikatakan bertindak sebagai pengerusi turut hadir Muhammad
Sabu, Timbalan Presiden PAS selain pimpinan kanan DAP.
Jika diteliti program gabungan ini jelas ianya mahu terlibat
membangunkan semula negeri Kelantan tetapi luar dari inisiatif dan usaha
kerajaan negeri. Kelantan ini negeri Umno atau BN kah? Mengapa perlu kita
bertindak sedemikians edangkan Kelantan dalah negeri pimpinan PAS dan PAS
merupakan rakan dalam PR?
Maaf tapi bagi saya gabungan ini memiliki agenda politik,
dan ianya akan bersaing dengan kerajaan negeri. Saingan ini bagi tujuan apa,
tiada lain pasti kerana memenuhi impian politik pihak tertentu bagi merobah
kepimpinan yang sedia ada di negeri berkenaan. Bermula dengan Kelantan dan
barangkali selepas ini seluruh Negara bukannya untuk bersaing dengan seteru
politik tetapi lebih untuk memusnahkan saf kepimpinan sendiri demi memenuhi
nafsu politik sendiri.
No comments:
Post a Comment