Kisah Anwar Ibrahim kembali ke penjara mendapat liputan
menyeleruh media. Seluruh rakyat Malaysia rata-rata simpati atas nasib yang
menimpa Ketua Pembangkang itu dan keperitan yang terpaksa ditanggung
keluarganya.
Padatnya liputan berita berkenaan sehingga seakan menggerhanai
kes pendedahan pengkhianat dalam PAS.
Apa yang didedahkan tempuh hari oleh Ketua Pemuda PAS
Kuantan adalah sesuatu yang serius dan berat. Ianya perlukan tindakan segera
kerana jika ada asas kebenarnnya, maka PAS telah digodam dari dalam sebegitu
rupa demi mahu merebahkan Presiden dan Kepimpinan Ulamak yang disepakati oleh
keseluruhan akar-umbinya.
Tindakan sabotaj itu didakwa dijuarai oleh pimpinan kanan parti.
Tidak pernah berlaku dalam sejarah PAS angkara sebegini
rupa. Pihak yang berwajib tidak boleh memandang remeh perkara ini, kerana jika
benar maka ianya sesuatu yang amat malang bagi parti dan ahli-ahlinya.
Atau adakah kita menganggap pendedahan Ketua Pemuda Kuantan
itu sebagai satu tohmahan dan fitnah?
Sudahkah penyiasatan dilakukan?
Pihak yang mendedah dan pihak yang didedah perlu disiasat
sehalus-halusnya.
Dalam tempuh penyiasatan, kedua-dua pihak perlu dirihatkan.
Kita mahu menjuarai keadilan Islam, yakni keadilan sebenar, tetapi jangan pula
kita nanti dilihat lebih teruk dari mereka yang kita tuduh.
Jangan pula kita yang menjadi “selective prosecutor”
(pendakwa yang memilih), kerana yang menuduh orang kecil, yang dituduh orang
besar, maka kita sepikan sahaja.Sesungguhnya imej PAS telah tercalar dengan pertuduhan ini.
Demi menyelamatkan gerakan Islam yang tercinta ini, maka
sesuatu yang segera dan berkesan perlu dilaksanakan.
Saya yakin dan percaya ahli-ahli dan pendukung PAS di luar
sana tertunggu-tunggu akan tindakan oleh pimpinan parti. Jangan hampakan mereka
yang merupakan akar umbi dan tenaga kekuatan kita.
Semoga kebenaran terserlah dan kebatilan dihapuskan.
No comments:
Post a Comment