PAS bukan hari ini baru bertapak di persada politik
Malaysia.
Ia ditubuhkan oleh para alim ulamak pada tahun 1951, jauh
sebelum Negara mencapai kemerdekaan dengan matlamat mahu memperjuangkan Islam
dan mendaulatkan Islam sebagai satu cari hidup bermasyarakat dan bernegara di
tanah bertuah ini (setelah Hizbul Muslimin terdahulu diharamkan British).
Tidak ada parti politik yang memperjuangkan matlamat
keagamaan seperti itu kecuali PAS yang masih segar berdiri hidup walaupun
usianya telah melewati 60 tahun.
Kerana itu tidak seperti parti-parti politik lain di Malaysia,
PAS menyuntik sepenuhnya cara dan kaedah Islam di dalam gerak kerja dan pentarbiyahan
ahli-ahlinya. Kerana itu ramai menyertai PAS.
Para alim-ulamak lulusan pondok, madrasah dan univerisiti
tempatan serta luar Negara telah menjadikan PAS wadah perjuangan demi menjejak
dan menyusuri langkah politik Rasulullah dalam menegakkan sebuah masyarakat dan
Negara yang diredhai Allah swt.
Sudah pastilah perjuangannya tidak mudah. Ahli-ahli PAS dari
zaman awal penubuhannya sehinggalah kini telah mengorbankan harta benda,
keringat, air mata dan malah darah untuk mengemudi perjuangan ini.
Hasil dari bimbingan para ulamak yang istiqamah dan komited
itu, yang didukung oleh keyakinan dan semangat para ahli akar umbi, masyarakat
hari ini kenal PAS dan kenal serta terdedah kepada kepimpinan dan perjuangan
Islam.
Lantaran perjuangan Islamnya itu, tidak seperti parti-parti
lain, dalam PAS golongan ulamaknya diberi kedudukan yang tinggi, dihormati dan
disegani, kerana mereka inilah yang sejak dari dahulu telah memberikan
pentafsiran, bimbingan, ilmu dan panduan ke arah menggalas perjuangan ini
sehinggalah ke hari ini.
Ulamak PAS menterjemahkan Islam bukan hanya kepada ahli dan
masyarakat malah ianya diterjemahklan secara hidup dalam akhlak, budi-pekerti, keperibadian
dan kehidupan mereka.
Dari situlah masyarakat dapat melihat dan membedakan antara
pemimpin biasa dan pemimpin yang benar-benar ikhlas berjuang untuk agamanya.
Ahli-ahli PAS sejak penubuhannya sehinggalah kini sentiasa berbangga
dengan kehadiran para ulamak dalam PAS dan mereka diberikan tempat yang tinggi
dalam hiraki parti.
Dari saat Almarhum Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Hussin menjadi
wakil pertama PAS di Dewan Perwakilan pertama sebelum Merdeka pada tahun 1955
sehinggalah kemudiannya PAS memerintah Kelantan, Terengganu dan kini menyerlah
kehadirannya dalam masyakarat diseluruh Negara, para ulamklah yang banyak
berperanan dan berkorban siang dan malam selain ahli-ahli lain yang bukan
ulamak, yang professional, yang bukan professional dan bukan ulamak demi
mencapai matlamat perjuangan PAS.
Tidak pernah tercetus masalah dalam PAS di dalam meletakkan
para ulamak sebagai benteng utama PAS tambah-tambah dengan konsep Kepimpinan
Ulamak, yang diperkenalkan untuk mengukuhkan lagi hakikat ini.
Kerana itu Multaqa Ulamak Se Malaysia II Sabtu lalu telah
menerima resolusi 16 perkara, salah satunya:
“Wala’ dan ketaatan kepada ketua adalah wajib menurut
al-Quran dan Sunnah. Punca kepada perpecahan ialah tiadanya wala’ dan ketaatan
kepada ketua. Justeru, Multaqa Ulamak Semalaysia ll menekankan tentang
kewajipan setiap ahli untuk memberikan ketaatan kepada majlis syura ulamak dan
presiden sebagai ketua syarie dalam PAS selagimana tidak bertentangan dengan
nas Al-Quran dan As Sunnah. Ahli diperingatkan agar tidak melanggar baiah yang
telah diikat antara dirinya dan Allah. Sekiranya berlaku pelanggaran maka ia
dikira sebagai pengkhianatan kepada parti”.
Bagi ahli-ahli PAS tulen, nasihat dari Multaqa Ulamak ini
sesuatu yang mudah diterima dan akan
tersemat dalam hati kerana perjuangan besar ini menuntut agar parti sentiasa diperkasa
dengan kekuatan Islam, dan sebarang usaha pengkhianatan mestilah ditentang.
Kerana ia parti berteraskan agama, matlamat perjuangan PAS
tidak terbatas pada habuan dunia semata-mata tetapi mengejar janji Allah yang
lebih besar di hari yang kekal abadi nanti, inilah perbezaan besar yang
memisahkan PAS dengan parti-parti lain, dan inilah yang diyakini penuh oleh
para ahli akar umbinya dari dulu sewaktu mula-mula susah menegakkan
panji-panjinya sehinggalah kini.
Ahli yang istiqamah, tak kiralah samada ia petani di bendang
atau di ladang atau nelayan di laut atau buruh ataupun pemimpin bertaraf
tertinggi, siapa pun ia, menerima bukan satu tapi kesemua resolusi Multaqa ini.
Bagi mereka ini adalah sesuatu yang biasa kerana PAS berjuang untuk Islam.
Yang luar biasa adalah mereka yang marah, kecewa apalagi
menolak resolusi ini tidak kiralah ia berada di celah bendang atau ladang, di
samudera di kilang atau apa industri, di bilik berhawa dingin.
PAS mahu Islam dan PAS perlukan para ulamak sebagai teraju, samada
disedari atau tidak mereka yang tidak senang barangkali berada dalam bahtera
yang salah.
YB Ustaz Idris Ahmad dalam satu tulisannya yang panjang
lebar berkenaan ulamak dan ciri-cirinya telah memetik huraian Imam Abu Bakar
Muhammad bin Hussin bin Abdullah al Ajiri, yang telah dimuatkan di dalam
Takhrij wa ta’liq oleh Sopin Nur Marbu Banjari al Makki, 1996:13) yag berbunyi:
“Ulamak adalah petunjuk kepada hamba dan menara petunjuk
kepada sebuah Negara, dan teras ummah dan sumber hikmah, mereka adalah
kemarahan syaitan dengan mereka menghidupkan hati ahli kebenaran dan mematikan
hati penyeleweng. Perumpamaan mereka di bumi seperti bintang di langit yang
memberi penunjuk kepada orang di lautan dan daratan. Apabila bintang terpadam
maka ia boleh mengeliru perjalanan…..”Semoga Allah swt terus melahirkan dan memperkasakan ulamak pewaris Nabi di dalam PAS
No comments:
Post a Comment